Sabtu, 13 Ogos 2011

TUDIAA!! ARAHAN SIAPA MELARANG BACAAN AL-QURAN MENGUNAKAN PEMBESAR SUARA??


Sedih apabila pada bulan yang mulia ini, satu demi satu tragedi keatas hak umat Islam di permainkan dan ditarik keistimewaannya. Lazimnya hanya pada bulan puasa kita umat Islam membuat bacaan Al-Quran pada awal pagi, sementara menunggu masuk waktu Subuh.

Dulu tiada siapa pun yang berani menegur. Kerana Islam di Malaysia, mempunyai keistimewaan khas oleh undang-undang dan kerajaan. Namun, sejak akhir-akhir ini, keistimewaan yang kita miliki bagai ditarik semula satu demi satu. Disebabkan perebutan kuasa dan mahu menunjukkan siapa lebih bertolenrasi dalam isu agama. Mari kita lihat apa yang telah terjadi di Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, regim DAP telah memberi tekanan terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam agar melarang azan dan bacaan al quran melalui pembesar suara pada waktu subuh.


Berdasarkan maklumat daripada sumber, larangan ini adalah daripada tekanan politik daripada pihak regim DAP yang menekan pihak berkuasa agama Islam kerana menggangap azan dan bacaan pada waktu subuh mengganggu tidor dan bising.


Sebelum ini blog ini ada dedahkan beberapa surat aduan daripada penyokong DAP yang mendesak agar pihak kerajaan negeri memberi amaran kepada surau dan masjid agar menutup pembesar suara kerana bising dengan bunyi azan.Tetapi malangnya blog ini dituduh sebagai memainkan isu perkauman dan sentimen agama.


Sekarang perkara ini sekali lagi terjadi,ia tidak berhenti disitu saja malah telah ada campur tangan daripada pihak atasan regim DAP Pulau Pinang. Larangan sebegini tak ubah seperti di Singapura. Sambung baca SINI

Pada permulaan, tentunya larangan baca Al-Quran, lama kelamaan, akan wujud larangan lain, hinggakan nanti Azan Subuh pun sudah tidak boleh gunakan pembesar suara. Bila sampai tahap itu, tentunya kita umat Islam nak menyesal pun dah terlambat.

Cuba fikir baik-baik, sejak wujudnya Pakatan Rakyat di muka bumi Malaysia, apakah syiar Islam dan akidah umat Islam menjadi semakin baik, atau semakin teruk?

Nak tahu jawapannya.. baca posting Mc selepas ini..

McTheory:
Stay tune in Kedah Ke KL Online..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KKKL , macam nama bas. Ramai lah depa pakat lena ikut DAP. Malaikat selimjt dengan kulit bababababbi.

Cahaya Gerhana berkata...

Assalamualaikum..
Saya bukan nak menyebelah mana-mana pihak, cuma bila kita renungkan kembali, sepatutnya hal ini tidak menjadi isu, perlis pun ada mengeluarkan arahan pemberhentian ini, kemudian pulau pinang.. yang utama, bukannya kerajaan yang mengeluarkan arahan pemberhentian tetapi jabatan agama negeri setelah di musyawarahkan..Nabi s.a.w pernah melarang orang yang menguatkan bacaan al-Quran di dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Ini dibuktikan di dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). Dari Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Sama-samalah kita renung, dan janganlah isu agama dipolitikkan..