Jumaat, 26 Ogos 2011

MATILAH UMNO!! Ramai Melayu masuk Dap.. rela jadi Anjing..


Kelakar pun ada, bengap pun ada. Apa UMNO nak risau bila melayu masuk Dap. Patutnya Pas la risau, kenapa melayu yang sokong pembangkang, memilih Dap dari Pas. Sedangkan kedua-duanya parti pembangkang juga. Mungkin mereka yang masuk Dap tu fikir, antara Pas dan Dap, takdak bezanya, lagi satu, masuk Dap, ada harapan untuk jadi calon bagi PRU ke 13 nanti. Silap-silap dapat jadi YB. Masuk Pas dapat apa? jadi kuli dan hamba abdi.

Nampak sangat melayu yang sokong pembangkang sudah tidak percayakan Pas dan Pkr lagi. Mereka sanggup pilih Dap sebagai penaung. Mana maruah Pas sebagai parti melayu Islam yang mewakili pembangkang, jika melayu pembangkang pun dah tak suka Pas.

Kalau semakin ramai melayu masuk Dap. Mc percaya, Dap takkan perlukan Pas dan Pkr lagi untuk bertanding dalam kawasan melayu. Sebab Dap sendiri sudah ada calon melayu tersendiri, buat apa lagi nak gabung, dan kongsi-kongsi dengan Pas dan Pkr, baik dia bolot semua.

Sebab tu Mc kata, Dap ada perancangan tersendiri untuk pada masa depan nanti. Mereka dah mula pikat melayu, mereka nak berdiri sendiri, mungkin mereka akan tubuhkan sayap Dap Melayu. Pas dan Pkr hanyalah tongkat sementara sebelum rebah, bila dah kuat, tongkat tu pun mereka akan buang.

Dap tak boleh dipercayai, lihatlah asas penubuhan Dap dan sejarahnya, kemudian anda akan tahu siapa sebenarnya Dap.

P/s: Sokong Haramkan Dap?? klik SINI.

McTheory:
Pas dan Pkr bakal di kencing.. tengok lah..

Tiada ulasan: