Selasa, 2 Ogos 2011

PANAS!! BLOGGER KEDAH DI UGUT OLEH PAS DAN PIHAK KUIN!!


Semalam Mc dihubungi oleh rakan blogger dari Kedah yang mengatakan beliau diugut oleh Pas Kedah dalam masa yang sama seolah-olah menyekat kebebasan blogger untuk bersuara. Jika dahulu, Pas dan parti pembangkang yang lain sibuk memperjuangkan kebebasan media dan kebebasan bersuara. Tetapi kenapa sekarang bila menjadi kerajaan, mereka tidak menunjukkan contoh bagaimana kebebasan media dan kebebasan bersuara untuk dipraktikan oleh sesebuah kerajaan.

Sekarang Pas Kedah hanya menjadi kerajaan negeri. Namun sudah ada sekatan demi sekatan bagi menidakkan golongan yang tidak menyokong mereka, bersuara sumbang. Maknanya, kerajaan negeri bertindak menyekat kebebasan bersuara dikalangan rakyat yang tidak menyokong mereka. Malah jika diketahui tempat seseorang blogger itu bekerja atau belajar, maka akan ada tindakan yang akan mereka ambil bagi menakut-nakutkan seseorang blogger terbabit.

Itulah yang terjadi pada blogger HH (http://Husaini.name.my). Sudahla beliau pernah diugut oleh sekumpulan penyokong Pas. Kini pembelajarannya di KUIN (Kolej Universiti Insaniah) juga diganggu oleh pihak tertentu akibat ada artikelnya di blog dan tulisannya di FB yang mendedahkan keburukkan Pas Kedah di KUIN.

Sehingga beliau dipanggil oleh pihak HEP KUIN untuk memberi penjelasan kenapa dan kenapa.

Apakah ini kebebasan bersuara yang puak pembangkang canang-canangkan selama ini?

Dahulu kerajaan Pulau Pinang pernah menghalang Utusan dan TV3 untuk memasuki sidang dun. Kemudian, Pas Kedah pun pernah berbuat demikian.

Kini blog dan FB pulak mahu disekat?

Mc rasa tulisannya tidaklah 'teruk' berbanding sesetengah blog anti kerajaan yang maki hamun dan membuat fitnah.

Apakah baru sekarang, Kerajaan Pas Kedah terasa tercabar dengan sekumpulan blogger penentang kerajaan Pas Kedah?

Jika tak buat salah, apa yang perlu ditakutkan? kami hanya mendedahkan apa yang perlu rakyat Kedah tahu mengenai kerajaan negeri pilihan mereka. Itu saja..

Bukan nak kata UMNO Kedah bagus, UMNO Kedah pun tak bagus.. tapi kerajaan Pas Kedah pun takdak bezanya. Malah ekonomi Kedah tak berkembang pun.

Mc harap kerajaan Pas Kedah, lebih terbuka dengan kritikan blogger dan Facebooker. Jangan cepat melompat. Mentang-mentanglah kita ada kuasa, janganlah dihukum orang sesuka hati. Kuasa itu pun kurniaan Allah pada kita, bila-bila masa Allah boleh ambil balik.

Apabila kita mahu orang berubah melakukan sesuatu yang baik, sepatutnya kita menjadi contohnya terlebih dahulu. Bukannya hanya tahu menyuruh dan bercakap. Betul tak?

McTheory:
Jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus..

2 ulasan:

AloQStaQ berkata...

Mc,
depa ni kalau brcakap benda yang tak betui pun, depa dapat pahala - di sisi nik ajis.

tapi, kalau orang umno yang buat lagu depa buat ni, sahih dah depa kata orang umno ni sekat suara demokrasi la , tak telus la , menghalang kebebasan bersuara la ... macam2 lagi depa akan hentam umno.

depa berpegang pada fatwa nik ajis;
Wal HalalKU,
Wal HaramMU.


AloQStaQ

Akudah meluat Pas berkata...

Kerja ni bukan baru. Cuba tanya Penarik Beca bekas wartawan Harakah yg dah berapa tahawan dah la ni. Pasai pa dia kena pecat dari Harakah. Lutfi pun pernah kena pecat juga. Tanya pula cikgu non memali atau CN Al Afghani kenapa buku dia di larang jual kpd orang Pas. Semua tu pasai anti kekebasan bersuara. Sampai kwn kat Harakah tanya betuoi ka MB masuk IJN..depa marah sakan tak bg siar berita. Bila PM kena operate lutut depa dah mula gendang fitnah...Moga2 MB Kedah sedaq cepat di IJN tu..tu tandanya malaikat maut nak bertandang ke rumah