Selasa, 2 Ogos 2011
PENIPUAN PAKATAN RAKYAT TERUS DIBONGKAR!!
Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang diketuai oleh Mazlan Xmen, AJK Pas Pusat, disifatkan sebagai penipu kerana giat mengedarkan borang kononnya untuk membolehkan pihak tertentu memperolehi tanah milik Felda Plantation apabila pembangkang berkuasa kelak.
Penipuan itu jelas tidak berasas kerana Felda Plantation hakikatnya tidak mempunyai tanah walau seekar sekali pun. Tanah yang dimaksudkan adalah milik Felda secara keseluruhan dan Felda Plantation hanyalah syarikat yang dilantik bagi menguruskan ladang di atas tanah tersebut.
Perkara pertama yang mereka sebut iaitu tanah itu milik Felda Plantation pun sudah tidak betul. Memang mereka ini penipu besar kerana syarikat itu tiada tanah walau seekar.
Jikalau Felda Plantation dibubar sekali pun, tanah itu tetap milik Felda. Jika diberi kepada 1.6 juta anak peneroka Felda yang ada sekarang, mereka cuma akan terima kira-kira seekar, 0.4 hektar seorang.
Tidak sekadar mengedarkan borang kepada anak-anak peneroka, Anak turut menyerahkan borang tersebut kepada kakitangan dan pegawai Felda berpendapatan rendah serta bekas tentera.
Lebih menyulitkan, 100,000 hektar daripada 340,000 hektar tanah dimaksudkan itu berada di Sabah.
Ada betul ke orang Semenanjung diberikan tanah di Sabah..??
Tambahan pula ia tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang membolehkannya dijual atau digadai. Disebabkan semua faktor itu, kerajaan tidak bercadang untuk mengagih-agihkan tanah tersebut kepada peneroka kerana faedahnya terlalu sedikit untuk dinikmati.
Bukankah lebih baik hasilnya dikumpul oleh kerajaan dan diserahkan kembali kepada peneroka seperti yang dilakukan sekarang...??
KLboyz
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan