Sabtu, 6 Ogos 2011

PANAS!! EXCO KEDAH DAPAT SURAT UGUTAN BUNUH!!

Lim Soo Nee

KULIM 5 Ogos - Exco Kerajaan Negeri Kedah, Lim Soo Nee menerima kejutan hari ini apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir peluru di pejabatnya, di Taman Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

"Soo Nee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan ketika itu mahu naik ke pejabatnya di tingkat atas bangunan dua tingkat dan menemui sampul surat yang tertulis ”kepada ADUN” di atas tangga.

"Beliau kemudian mengambil surat itu lalu membawanya ke pejabat sebelum membuka dan menemui nota serta peluru tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. - Bernama




McTheory:
Sapa la agaknya nak bunuh dia ni?? Atau saja nak expose diri??

4 ulasan:

C L J berkata...

Bukan sendiri bikin kaa???

Meow Bergaya berkata...

sikt waktu lagi keluarlah ayatnya "konspirasi UMNO" lah tu ...

Tanpa Nama berkata...

Muka ni tak dak face value pun....kah..kah...
saja saja nak cari publicity. kot kot boleh naik pulak

gentingsena berkata...

Sebelum ni ramai juga dapat surat macam tu tapi, ghaib gitu saja. Jangan2 lakonan saja tuu...nak test gaknya..