Jumaat, 5 Ogos 2011

TU DIAA!! KISAH PAK CIK SI PENJUAL AKHBAR!! cerita bulan puasa..

Jualan akhbar seluruh Malaysia

Mc nak ceritakan mengenai kisah seorang pakcik penjual akhbar di kampung-kampung kecil. Pakcik ni hidupnya berniaga secara kecil-kecilan. Waktu pagi beliau menjual akhbar, kemudian beliau menyara hidup dengan berniaga kerepek dan keropok dikawasan rehat lebuhraya.

Mc bukan nak cerita mengenai kisah hidup pakcik ni. Namun apa yang menarik mengenai pakcik ini, ialah jualan akhbar dikampung-kampung yang masih lagi menjadi bacaan utama kepada penduduk kampung yang jauh dari kehidupan berinternet.

Bila kita bercerita mengenai politik, ia amat berkait rapat dengan jualan akhbar. Jika seseorang pembeli membeli akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian, kita pasti dapat mengagak, bahawa pembeli tersebut didalam golongan yang menyokong kerajaan pusat. Jika pembeli membeli akhbar harakah kitab rasmi Pas. Sudah tentulah ianya orang Pas atau penyokong Pakatan Rakyat. Jika ada yang membeli Sinar Harian. Ia tergolong dalam golongan atas pagar.

Bagaimana pulak dengan akhbar harian Metro?

Harian Metro tergolong kepada penguna yang tidak berminat langsung dengan keadaan politik semasa dan hanya mahu mengetahui isu semasa dan isu-isu lain.

Bila penduduk kawasan setempat kebanyakkannya membeli akhbar Utusan dan Berita Harian. Kemungkinan besar kawasan tersebut, majoritinya dihuni oleh penduduk yang menyokong kerajaan.

Begitu juga bila sebaliknya.

Nak tahu apa kaitan diantara semua ini dengan pakcik tadi?

Pakcik ni pengedar akhbar di kawasan kampung-kampung daerah Kulim Bandar Bharu, kawasan Sepang dan juga Parit Buntar.

Tentunya jualan akhbar beliau sedikit sebanyak dapat mengetahui keadaan politik semasa dikampung-kampung yang beliau edarkan.

Semasa perbualan diantara Mc dan pakcik ni, Mc sempat juga la bertanyakan jualan akhbar mana paling laris di semua kampung. Tentulah jawapannya pada akhbar Harian Metro dengan jualan 2000 lebih sehari. Akhbar kedua terlaris ialah Utusan Malaysia, lebih 1000 naskah jualan. Harakah dengan pula hampir sama dengan Utusan, kadang kala Harakah dapat mengatasi Utusan. Berita Harian (800 lebih), pula tempat ketiga terbanyak, kemudian Sinar (500 ++) dan akhir sekali Kosmo (300 ++).

Bila ditanya mengenai akhbar suara Keadilan, dia kata masih ada jualannya, cuma tak ramai yang berani ambil sebab dia tak ada lesen. HARAM!

Kata beliau, jualan akhbar sekarang amat berbeza daripada jualan akhbar pada tahun 2009 dan 2008. Dimana permintaan terhadap akhbar Harakah dan suara keadilan kadang-kadang setanding dengan jualan akhbar Harian Metro.

Katanya lagi, mungkin keadaan politik sekarang amat berbeza dengan dahulu. Kerajaan Najib dilebih prihatin berbanding dengan kerajaan Pak Lah.

Ini yang menyebabkan rakyat kembali yakin kepada kerajaan pusat yang diketuai oleh DS Najib. Tentunya, orang yang paling mengetahui keadaan politik semasa kawasan setempat ialah 'si tukang penjual akhbar harian'.

Terima kasih pada pakcik yang sudi memberi info ini pada Mc. Insyallah.. kita akan berjumpa lagi.

McTheory:
Pulang dengan membawa berita gembira kepada penyokong kerajaan.. angin sudah berubah..

3 ulasan:

long alek berkata...

Aku beli harakah sebab nak tahu the other side of the story.

Anak anak aku komen,'HARAKAH NI ASYIK KUTUK ORANG AJE...MENYAMPAH LAH"

Budak pun dah mula menyampah.

Quantum Metal Consultant berkata...

Satu komen yang ikhlas dan berkecuali dari penjual surat khabar tetapi mempunyai erti dan nilai yang besar.

Orang PAS pun lagi rajin dan gian baca Utusan, tak terkecuali Nik ajis, hadi dan Mustapha.

catatan mahasitua berkata...

assalamualaikum admin. boleh tau bagaimana nak contact pakcik tu. saya berminat untuk menjadikan pakcik ini sumber rujukan kerja kursus saya berkaitan pengedaran akhbar. harap pihak admin boleh mambantu saya dengan membalas ke email saya, red.machine80@gmail.com