Isnin, 22 Ogos 2011

PANAS! Pas munafik dan melacurkan agama!!



PAS suka membohongi rakyat dengan mempergunakan agama untuk kepentingan dan sandiwara politik. Kini Allah s.w.t. menunjukkan tembelang pemimpin PAS yang munafik dengan sikap berdolak dalih dalam kenyataannya. Berikut adalah bukti-buktinya:-

1. Berdusta Konon Nak Tegak Negara Islam. PAS mendakwa ingin menegakkan sebuah negara Islam berteraskan Perlembagaan Madinah. (Perkara ini ditekan dalam Manifesto PAS 1990 dan siri ceramahnya menjelang Pilihanraya sekarang). Sebenarnya konsep negara Islam tidak pun disebut dalam Perlembagaan PAS pada 1990 lagi. Dalam Manifesto pakatan Barisan Alternatif (BA) dahulu pun yang mana PAS menjadi teraju, syarat negara Islam digugurkan sendiri oleh PAS atas desakan dan untuk jaga hati DAP yang anti-Islam.

2.Sanggup Terima Perdana Menteri Bukan Islam.Nik Aziz berkata orang bukan Islam juga boleh menjadi Perdana Menteri. (9 Oktober 1999). Ini bertentangan dengan perjuangan UMNO dan pegangan Barisan Nasional biarpun MCA dan MIC bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah daripada orang Melayu. Ini bukti yang PAS tidak mempunyai semangat perjuangan Islam sebenar dan membuat kenyataan hanya untuk kepentingan politiknya yang sempit. Malah kenyataan ini boleh membahayakan negara dan kepentingan orang Melayu.

3. PAS Dakwa Islam Menggalakkan Umatnya Mencarut.Nik Aziz berkata ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Katanya, novel kontroversi SHIT karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam. (27 April 1999)

4. PAS Dakwa Allah s.w.t. Juga Memaki Dan Mencarut.Nik Aziz berkata Allah sendiri guna perkataan memaki, mencemuh atau mencarut. Jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tetapi terserah kepada manusia di mana tempatnya. (27 April 1999).

5. Kerajaan PAS Melarang Wanita Bekerja.Nik Aziz berkata kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita bekerja kerana lelaki dari segi fitrah mempunyai tanggungjawab mencari nafkah menanggung keluarga. (16 Mac 1999) Apa akan jadi dengan wanita yang kini bekerja untuk menyara keluarga. Ini bermakna PAS tidak mahu wanita membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Ini amalan diskriminasi kepada wanita yang dianggap oleh PAS hanya layak duduk di dapur.


6. Hanya Wanita Kurang Rupawan Sahaja Boleh Bekerja.Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita kurang cantik sahaja kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Oleh itu, katanya, jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka. (20 Julai 1999).

7. PAS Akan Lelong Putrajaya.Dato' Fadzil Noor berkata, PAS akan melelong Putrajaya kepada raja-raja terkaya di seluruh dunia jika PAS menang dalam pilihanraya.

8. Tuduh UMNO Kafir Bekerjasama Dengan MCA Dan MIC. UMNO kerjasama dengan bukan Islam dikatakan Haram. Bagaimanapun bila PAS sendiri bekerjasama dengan DAP (benci Islam), KeADILan dan PSRM, ulama' PAS dan Nik Aziz ubah hukum pula yang kerjasamanya dengan bukan Islam itu adalah HARUS. Jelas hokum dan fatwa PAS adalah Double-Standard - kalau PAS buat semuanya HALAL tapi orang lain semuanya HARAM.

9. Pas Mahu Kerjasama Dengan UMNO Jika Terima Islam.Suruh UMNO terima Islam sebagai Ad-din barulah PAS sanggup menerimanya. (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu 4 Oktober 1996). Nampaknya PAS meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO biarpun UMNO memang mengutamakan Islam dan anggota parti pun Islam. Malah UMNO berjuang meletakkan Malaysia sebagai Negara Islam dan Agama Rasminya Islam. Sebaliknya, DAP yang letak syarat kepada PAS jika mahu bersamanya perlu gugurkan penubuhan negara Islam, PAS terima dengan rakus. Ini satu pengkhianatan terhadap Islam dan PAS bangga dapat berbuat begitu.

10. Sanggup Kerjasama Dengan DAP Biarpun Korbankan Islam.Nik Aziz berkata: "Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan kita tidak mendirikan negara Islam. (Kenyataan pada 12 Mei 1999). DAP yang kafir dan terang-terang tentang Islam dan tidak mahu lihat penubuhan negara Islam sebenarnya musuh Islam. Bagi PAS musuh Islam adalah kawannya dan tak perlu tubuh negara Islam pun tak apa asal dapat berbaik dengan DAP untuk memerintah negara. Inilah semangat perjuangan Pas untuk Islam.

11. Sedia Kerjasama dengan Setan Asal Dapat Kuasa."Siapa saja yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima. Kalau mereka nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun boleh saya terima." (24 Januari 1999). Dulu pada 1990, Nik Aziz kata malaikat yang tolong PAS menang semua kerusi. Sekarang terbalik, mungkin malaikat sudah Bantu BN sehingga PAS tewas 2 kerusi di Parlimen dan 7 kerusi DUN dan bertambah lagi dengan kemasukan Semangat 46. Nik Aziz melatah dan beralih kepada bantuan SYAITAN pula. Syaitan mana ada yang baik bukan seperti jin ada Islam dan Kafir.

12. Berjanji Haramkan Kegiatan Judi Dan Arak Di Kelantan.Semasa kempen pilihanraya umum 1990, PAS berjanji untuk haramkan semua kegiatan judi dan arak. Bagaimanapun pada 19 November 1992, PAS buat kenyataan lain pula: "Kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi arak, ia hanya dibenar dijual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya."

13. Merosakkan Fikiran Kanak-Kanak Untuk Tujuan Politik.Nik Aziz mendakwa tidak salahnya jika PAS mendidik kanak-kanak menentang Barisan Nasional (BN). Katanya, BN sememangnya perlu ditentang kerana membawa pelbagai kemungkaran menolak hukum Tuhan. (12 Oktober 1999) UMNO tidak mempergunakan kanak-kanak untuk kepentingan politik. Sebaliknya mereka diasuh dan dididik untuk mengejar kepentingan ilmu untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. UMNO mahu kanak-kanak menjadi generasi pembangun bangsa tetapi PAS mahu kanak-kanak membesar sebagai PEROSAK BANGSA.

14. Keluar Fatwa UMNO Dan BN Adalah Haram Untuk Umat Islam.Nik Aziz berkata jika beliau dilantik menjadi Mufti Kelantan, UMNO dan BN akan diistiharkan haram bagi umat Islam. Katanya, perkara ini adalah tindakan pertama yang akan dilakukan jika beliau dilantik menjawat jawatan berkenaan oleh UMNO. (20 September 1999)

Pendedahan songsang ini Mc ambil dari sini.

McTheory:
banyak lagi siri melingkupkan Islam ala Pas..

2 ulasan:

13KFC berkata...

nampak sgt mike ni bodoh x bleh diajor..buat lerr senarai bodoh tu panjang2..islam tetap syumul..

me2bestudio berkata...

alahai....dengar dari mana nie tuan hamba...hamba yg terbuka blog/entri nie pown tawula hal sebenarnya...selidik btol2 tuan hamba..tuan hamba leh jadi DAJJAL kecil akhir zaman nie...