Rabu, 10 Ogos 2011

RUSUHAN LONDON! RAKYAT MALAYSIA DI PUKUL!!


Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu malam semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

"Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

"Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra) di sini Selasa.

Mohd Shafie berkata, keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

"Mereka juga dinasihat agar tidak keluar ke mana-mana, melainkan terdapat urusan yang penting, dan Pengarah Pelajaran Mara serta pegawai-pegawai Mara dengan kerjasama pihak polis, sentiasa memantau keadaan di sana," katanya.- Bernama

4 ulasan:

Awanama berkata...

pembangkang kan puji klu ada tunjuk perasaan kt sana aman tu la bangang punya pembangkang

Awanama berkata...

Mesti UMNO/BN yg suruh perusuh pukul budak tajaan MARA kat London masa perhimpunan aman tu berlangsung di sana... UMNO ni kat mane2 pun dia antar balaci dia buat perkara terkutuk tu di dunia ni. Kalau PR Yang memerintah mesti London aman sejahtera... hahahaha...

Awanama berkata...

ha ha ha.. betul tu.. mesti kerja umno ni..

Awanama berkata...

bersih 3.0 kat london hahaha
apa komen ambiga?