Ahad, 28 Ogos 2011

TUDIAA!! Anwar menyokong Gereja bantu Umat Islam??.. gila ka hapa?



Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umat Islam supaya tidak mengganggu pihak Gereja DUMC untuk membantu umat Islam

Walau apapun niat mereka kita tidak harus menghalang mereka... sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa,” kata beliau lagi.

Gereja minta agar mereka diberi kebebasan untuk membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, di sebalik dakwaan bahawa masyarakat Kristian berusaha untuk menukar agama umat Islam menerusi kerja-kerja kebajikan.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor membuat pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ekoran aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan Muslim.

Ekoran itu JAIS dikecam hebat oleh pemimpin pakatan rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri.

Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali terus dibidas hebat kerana mempertahankan tindakan JAIS itu terutama pemimpin tertinggi PAS Negeri dan Pusat. Sumber berita Mc ambil dari sini.

Mc tak heran sangat dengan kenyataan si Anwar ni. Sememangnya dari dulu hingga sekarang, dia ni memang menyokong penuh dengan pihak gereja. Siap ada majlis sulit diantara dia dengan gereja. Masa dia keluar penjara dulu pun, pihak gereja siap majlis sambut dia besar-besaran. Soo apa nak heran?

Dia sendiri mengaku, dia dah berapa kali khatam baca Bible tu. Kononnya nak timba ilmu.. tah la Anwar.. kalau hang sesat sorang takpa, ni dah beribu orang hang sesatkan sekali. Lingkup la Melayu Islam kalau dapat pemimpin macam dia ni..

Nak baca kisah Anwar disanjung pihak gereja? meh klik SINI meh..

McTheory:
Dana punya pasal.. gereja pun dia sembah..

2 ulasan:

whiteorange berkata...

Gereja merupakan wadah terakhir Anwar minta nyawa

usin berkata...

pendapat aku, inilah hikmah sebenar yg Allah SWT tunjuk hasil sembahyang hajat oleh pengikut pas dan pkr tempohari. mereka memohon kepada Allah supaya ditunjukkan kebenaran. nah! terserlah kebenaran yang diorang nak tengok sangat tu. anwar adalah pelopor pluralisme agama. agama apapun adalah sama. mungkin baginya tak salah masuk mana2 agama asalkan beragama. kepada penyokong2 anwar, teliti & kaji balik sokongan anda kepada anwar. tak salah sokong pkr, tak salah sokong pas. cuma adakah pkr itu anwar dan anwar itu pkr? berapa nombor keahlian pkr kepunyaan anwar?