Jumaat, 26 Ogos 2011

TUDIAA!! Bukti Blogger Pro UMNO di bayar??

kambing paria sekor..

Mula-mula baca artikel paling banggang ni dulu.. yang Mc cilok dari blog MPP.

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.
"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.

Dahsyat benar si Hata ni punya tuduhan. Semua blogger pro UMNO ni di bayar JASA? Mc ni di antara blogger baru la, sebab hujung 2009 baru Mc berjinak buka blog.

Selama Mc berblog ni, tak pernah pula ada insan atau ehsan nak bagi gaji. Rasanya rakan blogger lain pun sama macam Mc.

Habiskan duit lagi untuk blog ada la.. kadang-kadang, keluar reseach, boleh tahan juga keluar duit. Namun semangat untuk menentang Pakatan Haram yang buat blogger hantu macam Mc ni masih lagi wujud.

Blogger pro kerajaan, tak serupa macam blogger Pakatan yang diupah dan dibela oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Malah ada yang dibayar berjuta-juta semata-mata untuk buat fitnah pada kerajaan pusat.

Rasanya, isu yang dibawa oleh blogger PR, semuanya isu yang dicipta, kemudian di mainkan seolah-olah cerita itu benar dan tanpa rasa bersalah, menyebarkan fitnah tersebut keserata pelusuk Malaysia. Macam isu Mykad dan MyPr, kemudian isu cincin DS Rosmah, lepas tu isu Loji Nuklear Lynas, kemudian isu Rais Yatim rogol pembantu rumah. Semua isu ini adalah fitnah!.

Mana ada puak PR ni bawa isu yang betul. Hati perut semua busuk, asyik dengkikan kerajaan, hinggakan benda yang baik pun jadi buruk. Sama la macam si Hatta Wahari botak bodoh ni.

Kata ada bukti, keluarkanlah bukti tu. Mc pun teringgin juga nak tengok blogger mana yang dibayar dan diupah.

Hatta ni saja cari pasal dengan blogger sebab nak glamor cepat, kalau semua blogger main cerita dia, mau tak popular si botak ni.

Ini mesti kes nak cari duit raya dari Anwar la ni.. sebab tu buat cerita pelik2..

McTheory:
Cacat otak betul si Hatta botak ni..

1 ulasan:

putrarahman berkata...

salah ke kalau UMNO membayar bloger? Rasanya bukan satu kesalahan kerana pekerjaan sebagai bloger ni pun suatu yang menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu majikan dan pekerja.

Bloger ni boleh menjadi jawatan baru di dalam parti iaitu wartawan media baru parti. Namun bukan semua bloger Pro-BN itu wartawan parti kerana ramai yang ikhlas untuk tolong kerajaan kerana jiwa mereka memang jiwa BN.

Namun sebagai wartawan parti, kenalah jaga imej dan etika kewartawanan supaya tidak memalukan parti. Itu aje.