Jumaat, 26 Ogos 2011

TUDIAA!! Doktor Anwar main pusing-pusing..sampai pening!



Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri yang masuk hari keempat hari ini di Mahkamah Tinggi di sini bertukar menjadi dewan kuliah mata pelajaran kimia apabila pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dipanggil memberi keterangan.

Pakar asing kedua yang menjadi saksi pembelaan keempat itu dengan panjang lebar memberi keterangan berhubung perkara-perkara berkaitan DNA termasuk terminologi, cara-cara pengumpulan dan pemeriksaan sperma serta garis panduan bagi makmal forensik sehingga menimbulkan kebosanan dalam kalangan orang awam dan petugas media di galeri awam.

Peguam Ram Karpal Singh yang ditugaskan menyoal McDonald, 60, dalam pemeriksaan utama itu mengemukakan soalan-soalan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saidon yang merupakan saksi-saksi pendakwaan.

Keterangan oleh pakar dari Australia itu bagaimanapun diikuti dengan penuh tekun oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang dilihat kerap kali menongkat dagu sewaktu mendengar penjelasan saksi berkenaan.

Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia turut hadir membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Beliau duduk di tengah-tengah antara Mohd. Yusof dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap Lay Hong dan Nor Aidora di peringkat pendakwaan.

Dalam keterangannya, McDonald antara lain menyatakan, sesebuah makmal forensik perlu memenuhi garis panduan di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan ISO 17025 sebelum sampel yang diperiksa oleh makmal terbabit boleh dianggap berintegriti.

Menurutnya, ini bermakna lembaga akreditasi akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan bahawa makmal terbabit telah memenuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum diberikan status piawaian berkenaan.

Menurut beliau, di Australia, sesebuah makmal forensik perlu memperoleh akreditasi sekiranya barang-barang kes yang diperiksa ingin dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ram Karpal kemudian meminta saksi berkenaan merujuk kepada sepucuk surat dari American Society Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board (ASCLD) bertarikh 5 April lalu yang ditujukan kepada Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Berdasarkan surat tersebut, makmal forensik jabatan kimia berkenaan didakwa masih belum diakreditasi tetapi keterangan tersebut dibantah oleh Mohd. Yusof dengan alasan surat itu bukan ditulis atau ditujukan kepada McDonald, sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun kemudian membenarkan surat itu ditandakan sebagai ID (bahan yang belum dijadikan bukti).

Surat itu antara lain menyatakan bahawa ASCLD membenarkan permohonan jabatan tersebut untuk mendapatkan status akreditasi dilanjutkan dari 18 April lalu kepada 18 Oktober depan.

Jabatan berkenaan sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan akreditasi di bawah piawaian ISO pada 2005 dan diletakkan dalam tempoh percubaan selama lima tahun yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu tetapi dilanjutkan sehingga 18 April lalu.

Dalam pemeriksaan utama itu, Ram Karpal turut menimbulkan isu kesilapan tarikh pada label dua bekas mengandungi sampel DNA pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008 (masa sampel itu diambil) dan bukannya 26 Jun 2008 (hari kejadian), yang dihantar kepada Lay Hong untuk dianalisis.

Menurut McDonald, sekiranya berlaku kesilapan sedemikian, tindakan perlu diambil untuk mengesahkan dan membetulkannya serta langkah-langkah tersebut direkodkan, selain mengenal pasti bila dan siapa yang melakukan kesilapan berkenaan.

Menjawab pertanyaan lain peguam tersebut, McDonald memberitahu, dalam kes melibatkan sampel air mani yang diambil melalui calitan putik kapas, sampel berkenaan sepatutnya turut diletakkan di sisip kaca (slide) bagi tujuan pemeriksaan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa dalam kes-kes melibatkan serangan seksual, langkah tersebut diperlukan untuk menentukan kehadiran sperma pada calitan putik kapas itu sebelum mentafsir keputusan analisis di makmal.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Terdahulu, sebelum perbicaraan bermula, kira-kira 30 lelaki yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di hadapan kompleks mahkamah tersebut sambil memegang kain rentang ‘Selamat Hari Raya peliwat 2.0’ dan ‘Keadilan Untuk Saiful’.

Perbicaraan bersambung nanti.

Artikel tadi ehsan dari Utusan. Sebab Mc sendiri pun penin macam mana nak mengulas Mat Salleh sombong berlagak pandai tu. Mc percaya, bila dia disoal oleh pihak DPP, pasti dia akan terbongkang macam Dr Well juga.

Cakap saja pandai, kita tengok macam mana dia kena..

McTheory:
Drama bersiri realiti..

Tiada ulasan: