Isnin, 12 September 2011

HEBAT! DS Najib HENTAM Guan Eng di kandang sendiri!!


Dengar ucapan Perdana Menteri di Buletin Utama semalam tadi penulis begitu kagum. Kalau tak pasal disebut awal-awal bahawa Perdana Menteri menghadiri majlis hari raya peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, harus jugak penulis menyangkakan bahawa Perdana Menteri sedang bagi ucapan pembukaan Perhimpunan Agung UMNO.

Penuh berapi, bersemangat dan berbisa.

Lama rasanya tidak melihat pemimpin UMNO cakap begitu lantang dalam kandang tempat pembangkang berkubang. Bukan sikit anak punya pembangkang tapi orang yang menjadi ketua pembangkang di Parlimen dan bakal menyambut ulang tahun ke-3 sebagai Perdana Menteri pada 16hb September yang akan datang.

Itu menunjukkan keyakinan, menunjukkan dapat sokongan, kalau nak diboo, boleh di boo, itu kalau hati menyampah, tapi jelas semua itu tidak berlaku tadi. Orang kalau dah tak suka, kalau dah benci, 10 kali bagi makan free pun orang tak akan pergi juga ya.

Balik pada ucapan Perdana Menteri.

Perdana Menteri menyebut tentang jasa-jasa kerajaan pusat di Pulau Pinang. Gamaknya orang Pulau Pinang baru hari ini tau yang semua projek yang disebut Perdana Menteri adalah projek kerajaan Persekutuan, bukan DAP seperti yang digembar-gemburkan.
Antaranya projek jambatan ke dua Pulau Pinang, pembesaran lapangan terbang Bayan Lepas dan pembinaan Empangan.

Semua ini projek besar yang mendatangkan pelbagai menafaat langsung dan tak langsung kepada rakyat Pulau Pinang, walaupun memilih pembangkang sebagai kerajaan negeri dalam pilihanraya yang lepas. Itu kita faham (memilih pembangkang) kerana selain tarikan perkauman yang ditawarkan DAP, kepala kepada segala masalah berasal di Kepala Batas – dalam negeri Pulau Pinang.

Tapi penulis sedikit kurang puas hati sebab Perdana Menteri hanya sebut perlaksanaan projek-projek itu sahaja, patutnya disebutlah sekali apa halangan yang dikenakan DAP dan Pakatan ke atas kelancaran projek tersebut sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri lebih 3 tahun dulu.

Jambatan kedua Pulau Pinang.

Penulis tahu apa yang berlaku dalam hal projek jambatan kedua yang dilaksanakan UEM Group melalui anak syarikatnya UEM Builders Bhd. Bagaimana halangan demi halangan yang diberikan DAP di dalam projek tersebut sehinggakan projek yang dijangka selesai tahun ini tertangguh sehingga 2013.


Biar terkeluar lemang yang sedang ditelan Lim Guan Eng yang turut hadir dalam Majlis tersebut.

Satu ketika, barangan pembinaan terpaksa dihantar melalui laut kerana pelbagai halangan diberikan untuk syarikat pembinan menggunakan jalan darat yang dikuasai DAP. Masalah pengambilan tanah yang bukan masalah sebelum Mac 2008 menjadi punca utama kelewatan projek. Masalah hanya selesai setelah rundingan semula harga dengan pemilik tanah (antaranya kerajaan Pulau Pinang sendiri).

Tapi rundingan semula ini telah menyebabkan kelewatan projek dan kelewatan ini juga menyebabkan harga bahan pembinaan yang meningkat, menambahkan lagi masalah sedia ada sebelum pembinaan berjalan semula pada November 2008. Chief Of Staff LGE, Jeff Ooi siap mengumumkan bahawa projek tersebut berpotensi dibatalkan.

Tapi kebijakan Perdana Menteri mengatasi segalanya. Penubuhan SPV (syarikat khas milik penuh kerajaan pusat), Jambatan Kedua Sdn Bhd berjaya menyelesaikan semua masalah yang timbul melalui perjanjian dengan pihak pihak terbabit padaApril 2010.

Semua ini tidak diketahui sepenuhnya kebanyakkan rakyat biasa di Pulau Pinang mahupun Malaysia. Sepatutnya Perdana Menteri (yang bersusah payah menyelesaikan masalah ini), menyebut semuanya dalam ucapan pagi tadi. Biar rakyat Pulau Pinang tahu rupa sebenar Ketua Menteri yang mereka lantik. Muka nampak innocent tapi hati busuk macam bangkai.

Tapi tidak apalah, menyebut semua itupun sudah cukup memberi tamparan hebat kepada LGE dan DAP yang memerintah. Bila projek ini sudah berjalan semula, barulah DAP nak terhegeh-hegeh nak mengaku depa ada peranan, dengan tak malu mempromosikan pembinaan jambatan ini kepada pelabur luar, kononnya bukti pembangunan dan kemudahan pelaburan, macamlah dia yang buat pun.

Lagipun Perdana Menteri bukan punya resmi memalukan tuan rumah walau apa imej buruk yang cuba ditunjukkan Pakatan ke atas dirinya dan keluarga.

Sebenarnya, dimana-mana tempat Pakatan menguasai pun memang ada saja halangan yang diberikan ke atas projek persekutuan. Di Selangor projek bekalan air dari Pahang ke Selangor tapi kemudian yang dituduh ialah kerajaan Persekutuan menganiayai rakyat negeri-negeri tersebut kerana memilih pembangkang sebagai kerajaan.

Patutnya tahun ini Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah boleh digunakan, tapi kerana masalah di atas, ia tertangguh. Setiap kali kesesakan berlaku di Jambatan Pulau Pinang, ingatlah muka LGE dan lambang DAP, kerana merekalah projek itu tertangguh.

Apa pun penulis ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana punya keberanian masuk dan berucap dalam kawasan kubu kuat pembangkang. Bukan calang-calang orang boleh buat itu, apatah lagi ucapan yang diberikan masuk tahap berapi dan berani.

Siap kutuk komunis yang jadi idola DAP lagi..

MyKMU

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai2 orang tu nak pi makan free ja...ingat nak pi dengar ceramah najibb ker...Apa punya bongok laa...Skrg ni kan dah masuk masa kecederaan nak PRU..Ramai ler geng jilat Koteee tunjukk muka...sifir 1 pun x pass ada hati buat blog jilat pungkok BigMOM...kuang2...

Quantum Metal Consultant berkata...

Semasa kempen di Kluang 1978, Ghafar Baba telah menurunkan beberapa lori pasir untuk pembinaan jalan tar bagi menggantikan jalan tanah merah di satu kawasan dengan syarat BN menang.

Apabila keputusan dibuat pada malamnya, DAP telah berjaya - awal2 pagi esoknya pasir2 tersebut dikaut semula masuk ke dalam lori, jalan tar tak jadi.

Hasilnya 1982 - BN tawan Kluang dari DAP?

Sepatutnya Pusat membatalkan semua projeknya di PP dan di semua negeri pembangkang supaya rakyat dapat melihat dan menilai - apabila pembangunan diteruskan memang rakyat terkeliru.

siapa bodoh?