Isnin, 12 September 2011

KASI PANAS!! Bila Otak Hadi Awang Sudah Kena Rasuk Mat Sabu!!


Apabila hadi samakan pejuangan Rasullulah dengan komunis!!

Kalau memang benar begitu maksud Hadi Awang, maknanya PAS sekarang ini betul-betul terdesak mahu membela Mat Sabu yang sudah terlanjur kata mengangkat dan mengiktiraf perjuangan pengganas komunis yang mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah Republik Komunis.

Nampaknya untuk menegakkan benang basah dan demi membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu adalah benar, PAS sanggup mengaitkannya dengan apa sahaja hatta dengan sejarah perjuangan Rasulullah SAW sekalipun.

Mari kita baca petikan khutbah Eidulfitri Hadi Awang di Masjid Rusila seperti yang dilaporkan oleh Haramkahdaily.

"Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair. Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian".

“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom."

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.”

"Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri".

Adakah Hadi Awang cuba mengatakan anggota polis yang dibunuh di Balai Polis Bukit Kepung itu sama keadaan mereka seperti jahiliah Arab? Dan pengganas komunis yang diketuai Mat Indera yang menyerang bangsanya sendiri sama pula keadaannya dengan perjuangan Rasulullah SAW yang mahu membebaskan Mekah?

Jika memang benar begitu maksud Presiden PAS berkenaan, maka memang amat sesuai benarlah Mat Sabu digandingkan dengan beliau untuk memimpin PAS.

Rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri apa sebenarnya maksud Hadi Awang itu.

blog Horas

Tiada ulasan: