Ahad, 4 September 2011

KANTOI!! Mat Sabu dan Guan Eng sudah tengelam!!


Isu Mat Sabu dibayar kos perubatannya oleh pihak PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) dan jumlah yang dibayar kepada Mat Sabu melebihi kos perubatan sebenar, telah membuatkan Guan Eng dan Mat Sabu diam membisu. Masing-masing menuding jari ke sana dan ke sini untuk mengelak dari menyentuh isu ini.

Apa yang mereka takutkan sangat? Malah Guan Eng sendiri menuduh blogger Penang memfitnah mereka dalam isu ini. Apa yang fitnahnya? Kita cuma nak tahu, kenapa PBAPP membayar kos rawatan Mat Sabu lebih dari sepatutnya?  Kalau 3 ribu, bayar saja la 3 ribu. Kenapa nak bagi sampai 8 ribu kepada Mat Sabu?

Apakah ada penyelewengan?

Guan Eng mengelak dan menyuruh CEO PBAPP menjawab semua persoalan ini.. Mari kita lihat carta dibawah,



Mat Sabu sebagai senarai Director dalam PBAPP, yang diketuai sendiri oleh Guan Eng sebagai chairman. Kenapa nak suruh CEO, pangkat yang bawah dari Mat Sabu untuk jawab semua ini? Apakah sebagai chairman Guan Eng tak boleh menjawabnya? Atau ada sesuatu yang Lim Guan Eng sembunyikan?

Sumber ini Mc ambil dari Blogger MiM, malah blogger MiM juga mempertikaikan perkara yang sama.

Beliau adalah Pengerusi Board Of Directors PBAPP dan PBAHB dan juga merupakan seorang akauntan bertauliah. Mustahil beliau tidak tahu sedikit pun tidak kemusykilan yang bloggers Penang dedahkan.

Dan benar, individu yang sepatutnya menerangkan dengan panjang lebar mengenai skandal ini ialah Lim Guan Eng sendiri dan bukannya Jaseni Maidinsa.

Lim Guan Eng akan balik dari negara China dan pejabat PBAPP akan mula beroperasi kembali Isnin ini setelah cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Kepada Lim Guan Eng, jangan fikir cuti Hari Raya dan isu Mat Sabu yang pro-komunis akan menyebabkan rakyat leka dan terlupa dengan skandal besar ini.

Malah rakyat sebenarnya tidak sabar-sabar lagi dengan kesudahan skandal tersebut!

Persoalannya sekarang, apakah Lim Guan Eng terpaksa mencari 'kambing hitam' untuk menutup skandal ini?

Yang lebih besar ialah apakah 'kambing hitam' itu rela dikorbankan hanya untuk menutup malu Setiausaha Agung DAP itu?

Banyak lagi persoalan diutarakan.. nak baca klik MiM">sini.

McTheory:
Ini kes seleweng duit anak syarikat negeri.. kalau UMNO, dah lama puak Pas dok bising kata UMNO seleweng duit. Bila kena masa depa, depa buat diam sunyi sepi..Mat Sabu kena jawab hal ini!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku dah agak dah...mesti dia salahkan Umno.....dah habis modal le tu....taknak pulak dia salahkan diri sendiri yg tak brape cerdik.