Rumah Mat Sabu kena bom buatan sendiri!! |
Alah sikit saja pun.. |
Kisah Mat Sabu sokong komunis ni memang membuatkan ramai waris pejuang kemerdekaan dan rakyat Malaysia amnya 'bara' dengan lelaki melayu komunis terakhir yang gemuk gedempol ni.
Selepas beratus laporan polis dibuat kepada Mat Sabu dan pelbagai cara tunjuk perasaan dan berdemo untuk mengutuk perbuatan bodoh Mat Sabu itu tidak diendahkan pihak berkuasa. Akhirnya, menyebabkan rakyat bertindak sendiri mengajar dan memberi amaran kepada Mat Sabu supaya jangan pergi lebih jauh dalam soal mempertikaikan pejuang kemerdekaan dahulu.
Benar apa firasat Mc, pasti akan ada yang bertindak demikian, jika pihak berkuasa masih tak bertindak.
Akibatnya rumah Mat Sabu kena bom dengan Bom Petrol, bom buatan sendiri. Bom yang gemar digunakan oleh pihak komunis untuk membakar rumah orang kampung, dan dengan bom inilah yang digunakan oleh komunis untuk membakar balai polis bukit kepong.
Akhirnya ada yang baling depan pintu rumah Mat Sabu. Selamatlah depan pintu saja.
Selang beberapa hari rumah Mat Sabu kena bom, pihak berkuasa mula bertindak untuk menangkap Mat Sabu bagi menjalankan siasatan. Baru nak tangkap? heh..
mpv yang bawa mat sabu |
Mat Sabu ada kat dalam tu.. |
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, Mohamad dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.
"Beliau telah bekerjasama dengan pihak polis dan setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi, Mat Sabu telah dibawa ke IPK polis negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat tiba di pekarangan IPK polis negeri kira-kira 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian setelah percakapannya dirakam.
Ayub berkata terdahulu polis menghubungi Mat Sabu mengenai waran tangkap terhadapnya itu.
Mengulas lanjut, Ayub berkata pemimpin Pas itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth esok bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.
Ayub berkata pihaknya menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.
Antara lain, Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya. - Bernama
Tangkap saja Mat Sabu tu, tak payah lepas lagi, lepas pun buat semak Malaysia saja.
McTheory:
Orang macam ni mana ada guna untuk negara? mengabihkan beras ada la..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan