Ahad, 4 September 2011
OITT MAT SABU!! Mana hang mau lari.. kos rawatan macam mana?
RANTAU PANJANG Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak menggunakan ceramah beliau di Markas Pas Kawasan Rantau Panjang di sini malam tadi untuk menjelaskan isu caj rawatan bagi merawat kecederaannya akibat menyertai perhimpunan haram Julai lalu, sebaliknya menyalahkan Pemuda UMNO kerana membangkitkan isu berkenaan.
Menurutnya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dia telah melunaskan caj rawatan tersebut kira-kira RM8,000 tetapi tidak menyebut punca kewangan tersebut.
Beliau hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai isu rawatan tersebut manakala selebihnya menyalahkan Pemuda UMNO yang disifatkannya sebagai penyibuk.
"Bila kita masuk hospital pakar, kadang kala ubat RM30 sahaja tetapi duit khidmat pakar perunding caj RM100. Apabila saya pergi ke hospital KPJ Shah Alam, saya tanya berapa agak-agak kos pembedahan, mereka kata dalam anggaran RM15,000.
"Kemudian datang Datuk lembaga pengarah hospital itu yang saya tak perlu sebut nama di sini, dia kata kamu buatlah pembedahan di sini, saya akan cuba cari jalan untuk kurangkan kos. Selepas pembedahan saya kena caj RM8,000, RM3,000 untuk kos pakar perunding manakala RM5,000 duit ubat, Pemuda UMNO kata saya bawa lari duit RM3,000. Mana saya bawa lari duit,'' katanya.
Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan dakwaan penyelewengan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan Mohamad yang cedera kerana terlibat dalam perhimpunan haram Julai lalu.
Mereka mempertikaikan pembayaran bil sebanyak RM8,434.05 terhadap kecederaan Mat Sabu akibat aktiviti yang salah di sisi undang-undang, yang bertentangan dengan amalan korporat.
Dalam laporan Utusan Malaysia pada 29 Ogos, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mendedahkan salinan memorandum pembayaran bertarikh 3 Ogos 2011 yang dirujuk sebagai "Bayaran balik perbelanjaan perubatan ahli lembaga pengarah (PBAPP), Tuan Haji Mohamad Sabu"
Bayaran balik yang diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan.
Bagaimanapun, kata Reezal Merican, persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran tersebut hanya berjumlah RM5,060.54. - Utusan
McTheory:
Mat Sabu seleweng duit.. dah la komunis, makan duit pulak tu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan