Rabu, 14 September 2011

PANAS!! Cara Hebat Anwar dan Khalid Gagap, mentadbir Selangor!

gelak besar nampak, banyak duit masyuk ke?

Bongkar! Episod demi episod kerajaan PR Selangor dibawah pimpinan Khalid Gagap didedah apabila mengalami kegagalan menguruskan perbelanjaan negeri Selangor.

Apa daa.. Punai Sehat Anwar Ibrahim kan ada, dia tak tolong ajar ke? Atau dia hanya tahu kebas duit masuk poket saja?

Selangor pun lingkup, ada hati nak tadbir Malaysia? adoiyai.. tak percaya tengoklah sendiri..


DARI SUDUT PENGURUSAN PERBELANJAAN

1.      Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.

Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor tidak menyediakan peruntukan untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor. Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00 seperti butiran dibawah.

Bil
Perkara
Amaun (RM)
1
Pertanding memancing
178,200
2
Pembelian cenderahati dan pakaian
206,040
3
Pembelian 10 ribu naskah Al Quran
225,000
4
Jamuan Makan Perdana
387,232

Jumlah
996,472

Kos Majlis Jamuan Makan Perdana dicadangkan oleh Tetuan Drift Z Enterprise dengan anggaran kehadiran seramai 1000 orang.Majlis diluluskan oleh Pengurus Besar melalui surat Bil.91210dlm.YS/HEK/05/023 bertarikh 14 Sept 2010. Kos cadangan sebanyak RM 285,000 diluluskan tanpa ada pindaan dan baucar bayaran mendapati YS telah membuat pembayaran sebanyak  RM270,750 (95%) sebelum majlis berlangsung.

Tarikh

No Baucer
Jumlah(RM)
27 Sep 2010
Bayaran 50% daripada jumlah peruntukan
20102738
20102739
20102740
50,000
50,000
42,500
5 Sept 2010
Bayaran 45% daripada jumlah peruntukan
20102782
20102783
20102784
50,000
50,000
28,250


Jumlah
270,750

Baki akhir RM 14,250 belum dibayar selepas majlis dibatalkan melalui surat bertarikh 9 Nov 2010. Bil.(97)YS/HEK/05/023(B)


Yayasan Selangor juga telah membelanjakan sebanyak RM 396,370 bagi tujuan lain seperti dibawah.

Tarikh
Perkara
No Baucer
Jumlah (RM)
27/7/2010
Pendahuluan tempahan kain ela sutera dan songket
20102186
36,750
6/8/2010
Bayaran membekal kain helaian ela sutera digital dan sampin
20102278
36,750
27/9/2010
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20102737
7,400
27/9/2010
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20102736
50,000
9/11/2010
Bayaran akhir membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20103112
22,240
18/10/2010
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan
20102321
112,500
18/10/2010
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan
20102322
112,500
26/10/2010
Pendahuluan membeli peralatan pameran sempena 40 tahun yayasan
20103005
14,700
3/11/2010
Pendahuluan bagi latihan koir sempena 40 tahun yayasan
20103093
1,230
9/11/2010
Pendahuluan untuk operasi pemasangan banner ke 40 tahun yayasan
20103120
2,300


Jumlah
396,370
Pengurusan Yayasan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menuntut semula perbelanjaan tersebut walaupun majlis telah dibatalkan.

 YS telah melantik TL Tinala Enterprise untuk menguruskan pembelian cendarahati. Sebanyak RM52,900 telah dibelanjakan tetapi tiada rekod disimpan untuk membuktikan cenderamata telah diterima oleh Yayasan.
Tarikh
perkara
kuantiti
Harga seunit
No baucer
Jumlah
12/10/2010
Bayaran untuk membekal topi bersulam utk kakitangan yayasan
1500
10.00
20102888
15,000

Bayaran membekal non-woven beg utk kakitangan yayasan
1000
7.90
20102889
7,900

Bayaran membekal sejadah kepala untuk kakitangan yayasan
1000
3.00
20102890
30,000




Jumlah
52,900

2.      Pertandingan Memancing Ulang Tahun ke 40 Yayasan.
a.      Pertanding dijadualkan diadakan pada 14 Nov 2010 di Taman Rekreasi Sek 7 Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80 untuk 2 joran.

b.      SDF Media & Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000. YS sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan YS.

c.       70% bayaran sebanyak RM125,000 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapiYS telah menjelaskan RM178,200 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan.

Bil
Perkara
No Baucer
Tarikh
Amaun (RM)
1
70% pendahuluan utk program memancing
20202919
18/10/2010
125,300
2
Bayaran baki 20%
20102923
19/10/2010
35,000
3
Bayaran akhir 10%
20103082
3/11/2010
17,900



Jumlah
178,200

Ini menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat .Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan YS dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200 (99%) walaupun program masih belum dijalankan.Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu.

d.      Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000.Jelas YS mengalami kerugian dalam pertandingan ini.

e.      Sebanyak RM 16,060 daripada RM 37,630 hasil kutipan daripada peserta telah dimasukkan ke dalam akaun bank Persatuan Yayasan Selangor yang mana Yang Di pertua Persatuan Yayasan tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) walaupun tiada kelulusan diperolehi daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan. Manakala baki kutipan sebanyak RM 21,570 masih disimpan dalam tangan Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) yg masih belum diserahkan setakat 1 Disember 2010.

3.      Majlis Berbuka Puasa

a.      Majlis diadakan di Dewan Sivik pada 21/8/2010

b.      Perlantikan Syarikat Rahah Enterprise secara runding terus melibatkan jumlah keseluruhan RM138,00
.
c.       Pendahuluan (95%) RM 131,000 telah dibayar sebelum majlis diadakan.
Tarikh
Perkara
No baucer
Jumlah
17/8/2010
Bayaran pertama majlis berbuka puasa
20102388
20102389
59,000
19,000
20/8/2010
Bayaran 45% majlis berbuka puasa
20102397
20102396
12,000
50,000
23/9/2010
Bayaran baki pembayaran majlis berbuka puasa
20102648
7,000


Jumlah
138,000


 terdapat 1 arahan pinda kerja berjumlah RM 29,400 atas alasan seperti dibawah
Perkara
Kuantiti Tambahan
Harga Seunit
Jumlah RM
Makanan tambahan
800 unit
25
20,000
Kurma
800
3
2,400
Meja VIP
12

2,000
Elektrik dan Api


5,000





Timbalan Pengurus Besar mendakwa kerja tambahan disebabkan kehadiran berjumlah 2,300 orang tetapijumlah sebenar kehadiran dalam lingkungan 1,440sahaja. Kemampuan pihak catering menyediakan makanan dengan kadar segera bagi 800 orang dipertikaikanTuntutan untuk bayaran elektrik dan airberjumlah RM 5000 agak pelik kerana sewaan dewan telah termasuk bayaran untuk elektrik dan air.

4.      Majlis Jamuan Aidil Fitri

a.      Majlis diadakan pada 4/10/2010 di Padang Timur, Petaling.
b.      Sekali lagi syarikat SDF Media&Event dilantik sebagai Event Manager secara lantikan terus dengan kos berjumlah RM 281,000.
c.       Pengurusan YS telah membayar sebanyak RM266,950 (95%) selepas 2 hari tarikah perlantikan
d.      Jelas menunjukkan YS gagal mematuhi peraturan kewangan kerana bayaran telah dibuat walaupun majlis masih belum berlangsung. Ini juga menunjukkan tadbir urus yang tidak cekap yang boleh menyebabkan YS mengalami risiko kerugian sekiranya pihak event manager gagal atau menghilangkan diri.
e.      Adakah syarikat yang dilantik adalah daripada kroni mereka sendiri?
f.        Baki RM 14,050 telah dibayar selepas majlis berakhir beserta dngan bayaran tambahan RM 22,476 ( No Baucer 20102789 ) bagi kerja pemasangan khemah tambahan dan platform.
g.      Jumlah keseluruhan majlis ini berjumlah RM 303,476 dan dianggap tidak munasabah dan satu pembaziran kepada Yayasan.

Banyak lagi pendedahan yang dilakukan nak tengok lagi klik SINI

McTheory:
Lingkup Selangor!!

Tiada ulasan: