Jumaat, 2 September 2011

PANAS!! DAP NAK USTAZ AZIZAN MB KEDAH MATI??



Jangan terkejut!! Sebenarnya dah lama Pas pusat nak tukar si MB Kedah ni. Ada beberapa kes yang membuatkan Pas pusat tidak berapa berkenan dengan Ostat Azizan. Lebih-lebih lagi pihak Dap. Apa cerita pun baca dulu artikel di bawah,

The Star memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan. Sumber dari Pisau.net
Sebenarnya Ostat Azizan ni dalam banyak-banyak pemimpin Pas, beliau merupakan antara yang paling ok la. Walaupun dia selalu kata tak tau, tapi sekurang-kurangnya beliau masih lagi berpegang pada pejuangan Pas yang lama. Iaitu ikut cara Islam. Namun disebabkan tekanan dari Pas Pusat dan Dap. Beliau terpaksa mengalah dalam banyak hal. Mc taknak sebut hal apa, tapi beliau banyak membantah dari menyokong.

Mc bukan nak sokong Ostat, tapi kalau nak dibandingkan Ostat dengan Mat Sabu atau Mahfuz Omar, baik Mc sokong Ostat Zizan saja. Pemikiran Ostat masih lagi boleh 'pakai' kalau nak dibandingkan dengan depa dua ekor tu. Dulu pernah terjadi Ostat melarang Hadi Awang masuk campur dalam hal KUIN (beliau kata Pas Pusat takdak kena mengena dengan hal Pas negeri). Semua ini terjadinya semasa kekecohan di KUIN beberapa bulan yang lepas.

Mungkin disebabkan Ostat Zizan yang selalu membantah cakap Hadi Awang, menyebabkan Hadi berniat untuk menukar tempat Ostat.

Sekarang Ostat sakit. Pas Pusat mengambil peluang ini untuk menukar tempat Ostat dengan geng sekutu yang setia pada pemimpinan Pas, dalam bahasa lebih tepat lagi, yang boleh ikut cakap Dap. Mc teringin nak tengok siapa calon boneka MB Kedah yang mahu Pas Pusat letak disana, yang boleh jadi Pak Turut Dap dan Pas pusat. Rasa-rasanya sapa?

McTheory:
Rasanya Mahfuz kot.. sebab dia ni otak takdak.. boleh jadi lembu..

Tiada ulasan: