Sabtu, 10 September 2011

TUDIAA!! Laporan Polis! Polis Malas Buat Kerja Ka? Atau Takut Kat Mat Sabu??



KITA kembali disajikan dengan berita beratus-ratus laporan polis yang dibuat oleh rakyat yang marah dan kecewa dengan kenyataan celupar Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang melabel satria negara yang terkorban dalam peristiwa bersejarah dan berdarah Bukit Kepong sebagai bukan pejuang tanah air.

Saya percaya, ramai lagi yang berkongsi sentimen sedemikian tetapi hanya mampu memendam rasa dan berdoa semoga Mat Sabu kembali bermuhasabah diri dan memohon keampunan kepada ahli keluarga bekas pejuang yang dihinanya, terutama di bulan Syawal yang mulia ini.

Tetapi Mat Sabu tetap Mat Sabu. Kesombongan dan bongkaknya sebagai pemimpin nombor dua Pas tetap dipertahankan, sama seperti Tok Gurunya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Kedua-duanya keras kepala dan tidak pernah menyesal dengan kenyataan songsang dan fitnah dan penghinaan terhadap orang. Mereka menggunakan apa saja modal untuk tujuan politik sempit mereka.
Jika tidak ada modal atau isu, mereka akan mencipta yang baru melalui khayalan dan dongengan mereka asal ada sahaja bahan untuk diputarbelitkan dalam ceramah politik mereka.

Berbalik kepada cerita laporan polis terhadap Mat Sabu, yang kini berjumlah melebihi 500 kesemuanya, saya dan mungkin ramai lagi akan bertanya apa seterusnya akan berlaku setelah rakyat berduyun-duyun membuat laporan tersebut?

Dulu kita juga disajikan dengan berita mengenai lebih 1,500 laporan polis yang dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Ambiga dan kedegilannya yang berkeras mahu menganjurkan perarakan haram Bersih. Sudah pun dibuatnya, tetapi mengapa laporan-laporan polis tersebut tidak ada tindakan susulan daripada pihak yang berwajib?

Mengapa pejabat Peguam Negara tidak mengeluarkan arahan pendakwaan terhadap Ambiga?
Begitu juga dengan laporan palsu yang dibuat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes video seks beliau?

Laporan polis juga dibuat. Cerita laporan palsu Anwar Ibrahim kini ditimbulkan semula oleh Pergerakan Puteri UMNO melalui Naib Ketuanya Shahanim Mohd. Yusof yang membuat laporan polis di IPD Kuala Muda, Kedah, kelmarin.

Yang peliknya, trio Datuk T yang bercakap benar dan mendedahkan perlakuan jijik Anwar pula didakwa.

Bak kata orang Melayu 'Pelik bin Ajaib' perkara begini boleh berlaku dalam negara kita yang mendokong sistem demokrasi dan berpaksikan pada undang-undang serta keadilan. Kedaulatan Undang-undang juga menjadi teras kepada Lima Prinsip Rukun Negara yang didokong oleh kerajaan dan rakyat negara ini. Tetapi secara ringkasnya, di manakah keadilannya?

Saya serta rakyat lain yang menuntut keadilan, percaya laporan oleh Puteri UMNO semalam tidak akan membawa apa-apa erti dan sekadar menambahkan lagi statistik jumlah laporan polis untuk direkodkan sebagai data PDRM.

Yang pasti, Mat Sabu tetap dengan keceluparannya dan Anwar dengan sandiwaranya. Kita akan terus menjadi penonton dengan cerita palsu mereka.

sumber Pisau.

McTheory:
Pihak PDRM takdak rasa nak bertindak ka?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nazri, Hisham, PDRM, Peguam Negara, PM tengah berhari raya sakan tu... biler habis open house nanti, Mat Sabu di ISA kan lar... tahun biler aku tak tahu lar... seminggu sebelum PRU kot...

Tanpa Nama berkata...

kerismudin kata biar rakyat menilai pemimpin pas dlm isu ini
(UM),bukan nak ditangkapnya atau ISDAkan


bodohnya kerismudin punya statement

Tanpa Nama berkata...

Aku nasihatkan , walau apa dibuat samada oleh anwar atau mat sabu , biarkan !
Walau apa dibuat Ambabiga atau karpal , lantak doranglah ..biarkan !

walau apa berlaku pada negara ini , nak hancur ke ..nak mampus ke , biarkan !

kerana manusia bernama Hishamuddin itu , yg dipertanggungjawabkan kepada keselamatan dan maruah negara sendiri , pun tak buat apa ! diam diam , dia membiarkan !!

selagi manusia anak ONN itu yg menjadi menteri 'amaran ' , maka kita tak perlu buat apa2 , diam dan biarkan !!

Biarkan , biarkan ! amaran amaran dan amaran !!

sial punya menteri ...

Tanpa Nama berkata...

ooi bingai...guna kepala hotak...hangpaingat Hisamukerisdin auw auw ti bodohke.....kalau tangkap Mat Savu habiis pekung penipu UMNOXXX terbongkar...masuk mahkamah lagi teruk....nak alih isu buh isu lain ...