Sabtu, 3 September 2011

TUDIAA!! Ostat Azizan Mengamuk dah.. sehat ja jadi balik laa..



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna. Kenapa ada pihak dok sibuk nak jadi MB sedangkan aku masih sihat, kata Azizan

"Nak ada pemangku buat apa? Ni aku dah keluaq (hospital) dan semua sihat dah," kata beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan beriya-iya akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Azizan berkata, sekiranya kepimpinan PAS ingin berbuat demikian ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula jatuh sakit dulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), bukannya sekarang.

Menteri Besar itu berkata, beliau bagaimanapun akur sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.

"Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh... kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa, kalau ikut aku tak kelapaq pun jadi MB ni" katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia semalam, di Alor Setar.

Sungai Rapat

McTheory:
Cakap berpusing-pusing.. penin dah..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila tgk buletin utama semalam meluat tengok MB kedah nie,i u i u mcm mat salleh lah pulak i u,xberadap langsung..mmg tak layak jadi pemimpin pun baik tukar jer i u nie

Tanpa Nama berkata...

esok2 bila rakyat kedah tuntut balik janji2 kerajaan negeri.....alamatnya masuk hospital balik le MB kesayangan aku ni...kui3x