Isnin, 26 September 2011
TUDIAA!! Pakatan Haram akan mulakan lakonan hudud semula..
Hudud: Pemimpin Pakatan Rakyat Diarah Tutup Mulut
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat secara sebulat suara bersetuju untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelaksanaan hukum hudud sehingga mesyuarat parti komponen itu berlangsung Rabu ini.
Arahan tersebut dikeluarkan berikutan isu hukum hudud yang menjadi polemik antara PAS dan DAP sejak minggu lalu.
Perkara itu diumumkan pada sidang media di ibu Pejabat PAS, yang disertai Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan rakan sejawatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.
Loke mewakili Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang kini berada di luar negara.
Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.
Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.
Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Mstar
Confirm Anwar akan aturkan semua lakonan dan skrip yang baik2 lepas ni. Lepas tu Nik Aziz sahih boleh peluk2 dengan Karpal walaupun bertekak pasal hudud, Dap pula akan keluarkan kenyataan menyokong hudud. Kemudian, mereka akan bersatu bersama menyalahkan UMNO kerana tidak mahu hudud. Senang cerita, apa saja dosa dan salah kat Malaysia ni. UMNO jugak la yang kena.
McTheory:
UMNO ni kira jahat sangat la bagi depa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kita marahkan hudud tapi....
1)Kalau si peragut ditangkap org ramai, dipukul hingga mati, kita seakan2 suka perkara ni. Walhal yg dipukul tu belum tentu bersalah. Tp hudud hanya dijatuhkan setelah perbicaraan yg sgt adil dilakukan, itupun hukuman bukannya hingga mati!
2) Kalau polis tembak mati semua perompak (akibat terpaksakla), kita seolah2 gembira walhal kita tidak tahu mungkin adanya kekeliruan atau ada org awam yg berada bersama2 penjenayah.
3) Kalau yg berzina sampai buang anak dlm longkang hingga mati (bukan sekali mgkin bnyk kali), kita marah. Tp bila si penzina nk dihukum hudud, kita rasa ianya zalim, betulke?.
4)Kalaulah kita atau keluarga jd mangsa asid, kita mmg amat marah dan mahukan si penjenayah dihukum sama juga. Tp tanpa hudud, ada ke hukuman balas dgn balas ini? Setakat penjara beberapa tahun dan bayar denda je, padanke??
5) Anggapla, kalaulah tiada undang2jalanraya, agak-agak kita nak ke patuh pd undang2 100%. Atau, kalaulah kita dah patuh sekalipun, terjaminkah org lain akan patuh dan kita xjadi mangsa mereka?
6) Dgn adanya hudud, saya jamin kerja dan beban pihak berkuasa akan kurang. Org ramai rasa lebih selamat dan negara lebih aman dan maju. Tp dgn undang2 skrg, tengokla kedahsyatan jenayah2 skrg. Dlm rumah pun rasa tidak selamat!!
7) Kenapa hukuman mati penagih dadah tidak selesaikan masalah atau mengurangkan?? Jwpnnya pd kaedah perlaksanaan hudud jg. Sbbnya hukuman tidak dipamerkan tetapi dibuat dlm bilik tertutup shj.
Akhir sekali, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Fikir2 kan.
Org yg takut hudud tu boleh dikategorikan bbrp golongan
1) Golongan yg jahil tukil dan tidak memahami konsep sbnr hudud ataupun tahu tp ttp tak sanggup terima (mcm sikap org Yahudi Laknatullah)
2) Org bukan Islam yg takut lebih ramai org keluar agamanya dan masuk Islam sbb menyedari Islam agama paling sempurna dan adil.
2) Golongan terlibat dgn aktiviti jenayah dan maksiat termasukla tauke2 yg dpt keuntungan dgn aktiviti ini
3) Golongan yg bongkak, ego, sekular, fasik, munafik yg gunakan logik akal semata2 utk berhujah
Catat Ulasan