Selasa, 27 September 2011

GEMPAR! Apabila Pas Sokong Kj?


Mc rasa, pengikut blog Mc ni tahu bahawa Mc ni agak sikit 'kureng' dengan si Kj ni. Bukan peribadi, tapi cara kerja dan cara dia bekerja (lebih2 lagi semasa di zaman Tun Dol) yang menyebabkan Mc agak 'kureng' dengan beliau.

Namun Mc tertarik dengan kenyataannya yang di sokong oleh pemuda Pas. Mc rasa memang patut kerajaan pusat memberi peluang kepada kerajaan Kelantan melaksanakan hudud. Gubal undang2, kemudian biarkan kerajaan Kelantan tubuhkan undang2 hudud di Kelantan.


Kita nak tengok sama ada, Nik Aziz benar2 nak buat, atau hanya cakap2 politik saja. Sebab selama ni, mereka hanya menuduh kerajaan pusatlah yang menghalang kerajaan Kelantan dari mengadakan hudud di Kelantan.

Setiap kali isu ini dimainkan, Pusat juga yang jahat. Jadi Mc rasa, kerajaan pusat harus lepas tangan, dan biarkan kerajaan Kelantan dengan isu hududnya.

Nak juga tengok sama ada Pas berani tak curang dengan Dap, atau hanya cakap serupa kentot!

McTheory:
Pas tak mungkin curang.. percayalah..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

yang salah tetap salah.

pergunakan Islam atau ikhlas kita tidak pasti. politik ibarat sebuah kilang, walaupun ada general manager, tapi setiap bahagian ada penyelia masing-masing dan kepala masing2.

Pas silap apabila memilih untuk menunduk akan tekanan dari PKR & DAP. situasi ini mungkin sesuai bagi kawasan pantai barat. Pas juga silap apabila memilih Mat Sabu sebagai orang no 2 mereka.

tapi bagi kawasan Kelantan & Kedah, sebenarnya Pas punya kuasa dan sokongan untuk menentukan identiti mereka sendiri dari segi pentadbiran. sekadar polemik atau tidak,

seharusnya BN mengambil peluang ini. pertama di atas nama Islam & Ummah, kedua diatas nama Melayu. Apa salahnya jika BN menkaji balik larangan Hudud Kelantan tu, kalau benar ia tidak menurut acuan Islam sebenar, banyak cerdik pandai agama di dalam Kerajaan yang boleh menolong untuk memperbaiki draf Hudud Kelantan, malahan kerajaan pusat jika mau punya peruntukan unutk mendapatkan pandangan pakar Perundangan Islam dari luar negara.

BN terutamanya UMNO seharusnya memberi sokongan bagi Kelantan untuk melaksanakan Hudud. jika memerlukan pindaan pada Akta & Undang2 sedia ada, silakan, sila beri sokongan.

apa ruginya kepada UMNO jika Hudud di laksanakan di Kelantan. sekurang-kurangnya jika berjaya, UMNO sebagai Parti utama yg mendokong juangan Agama, Bangsa & Negara boleh berbangga kerana dalam memperkatakan bab Islam, bukan sahaja Pas yg perjuangkan, malahan UMNO juga membantu dengan mencantikkan lagi draf Hudud.

JIka tidak berjaya Hudud itu, kesan nyata bukan kepada UMNO, tetapi kepada Pas.

Saranan KP UMNO sepatutnya diberi perhatian.

paku dulang paku serpih... dulu mengata PAS yg sengaja sentia nak memecah belahkan org Melayu, bila ada kalangan UMNO sendiri yang menjurus kepada perpaduan walau bukan dlm lingkup ideologi, itu pun tak dilayan. malahan bagai anak kecil bermain dgn air, ditepuk terpercik bukan sahaja ke muka sendiri, malahan ke serata pandangan.

ish ish apalah nasib bangsaku, inikah yg dikatakan bakal tentera Panji Hitam???

tungkaran hati.blogspot berkata...

...tetapi kata orang DS Najib takut kepada Chua Soi Lek pasal bab Hudud ni...betul ke?

Oghe Kelate berkata...

Hudud ni adalah hukuman yang mendidik dan sbnrnya utk menakutkan shj. Utk jatuhkan hukuman, sabitan adalah lebih sukar dr undang2 lain malah ianya paling adil dan tidak dijamin tidak dapat diguna utk menganiaya orang. Ini kerana Allah adalah pencipta manusia, dan DIA MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA! Siapalah kita yg cuma ada akal yg terhad.