Isnin, 19 September 2011
TUDIAA!! Semart Kerata Baru Ustaz Azizan noo.. hangit mampuih..
Pergh! Penulis sangkakan selama ini MB Kedah, Menteri Besar negeri kelahiran Penulis adalah seorang MB yang terbaik di antara MB-MB Pakatan yang lain. Selama ini selain dari sifat "che'ge" (pemarah) nya, Penulis tidak nampak apa kekurangan yang ada padanya. skandal dan gossip jauh sekali.
Namun maklumat yang Penulis dapat amat mengejutkan. MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang Rakyat Kedah mesra memanggilnya Ustaz Azizan membuat satu kejutan besar. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan telah membeli kereta rasmi untuk MB Kedah dengan harga lebih kurang RM600,000.
Rupa-rupanya ulama-ulama PAS bernafsu juga ye hendak memakai kereta besar? Nombor plet satu digit pulak tu! Sebenarnya tidak salah nak pakai kereta apa sekalipun asalkan ianya datang dari titik peluh sendiri. Masalahnya kereta berkenaan dibeli dengan wang perbendaharaan negeri dan didaftarkan atas nama Kerajaan Negeri Kedah. Yang menyedihkan, setelah kereta ini dibeli, ianya takut hendak digunakan kerana takut ianya akan dijadikan isu. Tak ke membazir namanya tu!!!
Artikel ni Mc ambil kat CTS.
Amboihh.. Ustaz Jijan, pelan-pelan kayuh noo.. sudah pandai nak mengebat naik kereta merc. Dok tengok Nik Aziz naik merc, dia pun pulun order satu. Dulu puak ni yang dok bising kata kerajaan perabih duit pakai kereta mahal. Mau kena tang depa, boleh pulak buat diam sepi noo..
Lepas pada keluar wad, agaknya Ustaz Jijan ni dah buang tebiat nak naik merc kot. Kami rakyat Kedah ni tak dengki ehh.. malah bangga tengok MB kami naik kereta besaq. Cuma Mc ni nak tergelak laa.. Dulu depa maki orang UMNO lumat dalam bab ni. Sekarang depa jadi kerajaan pun, dok nampak lebih kurang sama la.
Takpa la Ustaz Jijan, jangan la dok mengelupoq, orang UMNO bukan pedengki serupa dengan orang Pas. Cuma nak tanya ni.. kereta tu guna duit kerajaan ka, duit sendiri. Kalau guna kerajaan negeri, nanti bila kalah pulang balik la noo.. hehehe..
McTheory:
Smart kereta Ustaz, nombot plet tu, rasa-rasanya dalam rm60,000 atau rm70,000..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
keta tu bukan dibeli dari wang pbndharaan negeri, tapi duit rakyat!
aku cukup bosan dgn pr ni, cakap mereka tidak serupa bikin. hipokrit sangat. mereka lolong kuat2 jangan, tapi mrk sendiri buat lebih teruk!!!
Kereta dulu merc yg tahun 2005 tu dah tender ke blum. Kalau tender agak2 brapa blh beli. Murah dah la...sebab DNA Mahdir KHalid pun msh ada. Kalau boleh pakai...pakai la terus. Lagipun merc tahan, sebab tu ramai yg uat teksi.. Saya cdgkan kalau boleh pekai dlm 20 tahun lagi pastu baru beli kereta baru. Trengganu pun msh pakai kereta lama lagi. Semuanya lama, minum air pun guna air telaga. Dah lemas pulak tu anak org kg.
wei...hangpa jgn komen lebih2 tau...tanya lebih2 pun jangan...dengki lebih2 pun tak bleh...nanti tak pasal2 masuk spital lg la MB aku ni...dia baru nak rasa naik keta baru...he3x
Katok dulang paku yang serpih
Dok kata sangat kat orang aku yang lebih,
Kelau dulu tak kata kat orang BN tak pa, tapi tak berkandak-kandak depa hantam, Zaman dulu masa BN perintah wakli rakyat pakai Merc macam-macam tohmahan dilemparkan. Sekarang naik atas kepala sendiri lah pulak.
Bila kita kata orang lain kafir bila berkawan dengan parti kafir, sekarang sudah balik ke atas bahu orang yang mengatakan itu, kerana hari ini mereka juga telah berkawan dengan orang bukan Islam.
Allah tunjuk tunai di dunia.
Masihkah ahli-ahli biasa PAS di kampong-kampong dok menyokong puak-puak ini? mereka sebenarnya Hipokerit.
Ubah lah sebelum kita diubah dan rebah, bila dah rebah lambat lah kita nak boleh bangun semula.
Warga Sebelum Merdeka
Catat Ulasan