Ahad, 9 Oktober 2011

PANAS!! Kenapa Sampai Sekarang Pakatan Belum Dedahkan Kabinet Bayangannya?



Penganalisis politik tempatan, Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat melihat kewujudan tiga calon perdana menteri bayangan sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya adalah satu ekspresi malapetaka yang akan berlaku di Malaysia.

Kenyataan berkenaan Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri bayangan adalah satu fatamorgana yang tidak berasaskan realiti semasa sebaliknya dibuat hanya sebagai gula-gula kepada rakyat.

Jika sebelum ini mereka pernah membuat kenyataan berkaitan ‘jawatankuasa Parlimen’ dan kemudian apabila ramai yang mendesak agar dikemukakan siapa yang akan menyandang jawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet maka mereka mewujudkan kabinet bayangan dengan kebanyakan kementerian akan disandang oleh ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan PKR tanpa mereka sedar bahawa di sinilah bermulanya satu kekalutan pada negara.

Akhbar China Press pada 4 Oktober 2011 menyiarkan berita yang memetik kenyataan Bendahari DAP, Fong Kui Lun mengenai barisan Kabinet bayangan pihak pembangkang iaitu Ketua DAP di Parlimen, Lim Kit Siang; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ialah ‘perdana menteri bayangan’.


Perancangan mereka akan meletakkan seorang sebagai Perdana menteri yang tentunya Anwar Ibrahim sementara dua orang Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak pernah berlaku dalam sejarah jawatan tersebut disandang oleh lebih seorang yang pasti akan menimbulkan kekeliruan dan kucar-kacir dalam urusan-urusan pentadbiran

Contoh lain juga disebutkan, iaitu gandingan Kui Lun dengan Ahli Parlimen Kota Bharu daripada Pas, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kapar daripada PKR, S. Manikavasagam akan bertanggungjawab terhadap Kementerian Pelancongan.

Setiap jawatan ada kepentingan sendiri dan contoh terbaik boleh diambil apabila DAP mentadbir di Pulau Pinang dengan mewujudkan dua Timbalan Ketua Menteri yang kemudiannya menjadi kerusi panas sehinggakan salah seorang letak jawatan

Pentadbiran pembangkang yang diketuai oleh DAP di Pulau Pinang telah mewujudkan dua jawatan untuk Timbalan Ketua Menteri iaitu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy tetapi tidak bertahan lama apabila pelbagai kontroversi berlaku sehinggalah Mohamad Fairus meletakkan jawatan.

Dalam satu pakatan tidak boleh semua parti berkuasa sebaliknya akan wujud hanya satu perti yang bersifat dominan sebagaimana Barisan Nasional (BN) yang semua parti-parti kompenan di dalamnya menggunakan BN sebagai satu lambang sebaliknya apabila wujud tiga parti tentunya akan mendatangkan satu masalah yang besar.

Kabinet perlu mencerminkan satu kesatuan besar yang secara tidak langsung akan memberi keyakinan kepada masyarakat untuk bersikap adil dan saksama, boleh dipercayai bagi mengekalkan keamanan kerana ia akan melibatkan satu konteks yang lebih besar.

Pakatan pembangkang memaklumkan bahawa mereka telah mewujudkan satu kesatuan dan tidak ada mana-mana parti yang dominan tetapi dalam pelbagai aspek dapat dilihat bahawa DAP lebih dominan sebagai perencana dan pembuat keputusan di antara mereka biarpun Anwar sesekali mahu menjadi hero.

Lihat sendiri bagaimana dengan isu hudud yang kemudiannya gagal mencapai kata sepakat biarpun ianya berlegar di kalangan pemimpin atasan yang tentunya menjadikan keadaan semakin kalut dan tidak dapat keputusan muktamad

Rakyat harus sedar dan lihat dengan teliti adakah adil atau tidak konsep yang mahu digunapakai oleh pembangkang kerana tentunya ia akan menjadikan politik negara kalut dan tidak stabil.

Apabila induk pentadbiran kerajaan persekutuan terganggu maka secara tidak langsung semua urusan pembangunan, kesejahteraan dan kesinambungan kemajuan yang diidamkan akan terbantut.

Mereka tidak berhak untuk membentangkan bajet kerana mereka bukan pemerintah, mereka tak ada duit dan tak tahu perbelanjaan sebenar kerajaan sebaliknya apa yang mereka nyatakan hanyalah satu janji yang tidak berasaskan pendapatan negara sedia ada.

Ketika mereka belum mentadbir maka macam-macam yang dijanjikan sebagaimana Guan Eng di Pulau Pinang tetapi apabila rakyat memberi mereka mandat maka alasan tak dapat dilaksana kerana belum mendapat kerajaan Persekutuan pula, itu hanya kata-kata manis

McTheory:
Dengan kata lain, puak ni hanya pandai membelit!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apsal tak cakap blum takluki dunia..kan senang!!!!