Rabu, 5 Oktober 2011
PANAS!! Komen Tun Dr Mahathir Mengenai Bajet Bulan Bintang Pakatan Haram!!
KUALA LUMPUR Okt. - "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.
Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.
Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini, hari ini.
"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.
"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Terdahulu ketika berucap pada forum tersebut, beliau berkata, pemimpin di negara Islam perlu berusaha menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyatnya bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan.
Katanya, di sesetengah negara Islam ketika ini, masih ada kerajaan yang tidak berusaha membuka peluang pekerjaan dan memulakan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat mereka.
"Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan krisis di beberapa negara Islam ialah tidak ada peluang pekerjaan untuk rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka bangun memberontak.
"Bagaimanapun di negara ini, atas kesedaran dua Perdana Menteri yang awal, usaha telah mula dijalankan dengan pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti Felda. Semua itu merupakan usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kesan Krisis di Asia Barat dan Negara Afrika: Pengajaran Yang Boleh Diambil Negara Islam' sempena Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, jika sesebuah kerajaan itu sentiasa komited dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, ia akan memberi jaminan kepada kestabilan negara memandangkan rakyat tidak akan tertekan.
"Apabila ada kerja dan punca pendapatan, rakyat akan kurang berasa marah kepada kerajaan walaupun akan sentiasa ada usaha daripada pihak pembangkang supaya rakyat marah kepada kerajaan.
"Ini merupakan antara pengajaran yang boleh kita pelajari daripada krisis di negara yang rakyatnya bangun dan menggulingkan kerajaan," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, cabaran menguruskan negara demokrasi juga adalah besar dan ia tidak mudah seperti membuat janji dalam kempen pilihan raya.
"Membuat janji memang senang, sama seperti Barack Obama yang mengatakan mahu melepaskan tahanan Teluk Guatanamo selepas dua hari ambil alih kerajaan, tetapi sampai sekarang tahanan di situ belum dibebaskan," katanya.
Justeru menurutnya, para pemimpin di negara Islam yang lain perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di negara-negara tersebut dan tidak hanya membuat janji. - Utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
PEMBOHONG! NAMANYA KETUA PEMBOHONG, APA LAGI YANG BOLEH DIA CAKAP!
BABI PUNYA MANUSIA! KASI LURUSKAN KOTE HANG DULU LAH SYEIKH JUBOR!
SAPA SAPA RAKYAT MALAYSIA YANG PERCAYA BULAT BULAT DENGAN JANJI LEBIH DARI MADU INI, HANGPA MEMANG SAMDOL LAH!
JANJI PRU 12 PUN TAK TERTUNAI, ADA HATI NAK JANJI LAGI... KAU INGAT KAMI RAKYAT MALAYSIA NI MACAM JIJAH KE? SENANG KENA TIUP IDUP IDUP DENGAN KAU HAH BUTOH BENGKOK!!!!
TUIH! PTUIH!
KAU NAK JADI PM YE?
BOLEH, BOLEH. JADI PM DI BAMBOO RIVER KOTE BENGKOK!!! PODAH! PENIPU!!!!!!!!!!
janji pilihanraya 2008 pun tarak, janji bukan main lagi, semua org tiduq tak lena dok syok janji pakatan nak bagi duit tiap tiap bulan kat warga emas, ibu tunggal, bagi tu bagi ni....tgk tgk ayaq liur depa kering mcm tu gak..satu apa pun tarak..duit kjaan pusat bagi nak bantu kampung, pekan buat jalan semua depa tibai bayar gaji la.. sbb apa terlebih "belanja". Baru padan muka terutama orang melayu...mudah dan cepat cayaq dgar kata pembangkang..depa kat taik tu dodol pun depa rembat makan...
Catat Ulasan