Rabu, 12 Oktober 2011

PANAS! Mampukah BN kembali merampas Pulau Pinang?


Pulau Pinang kini sudah dikenal pasti sebagai antara negeri yang jadi tumpuan untuk ditawan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas PRU13. Tetapi apakah ia merupakan perkara yang terbaik dan sesuatu yang menguntungkan buat rakyat khususnya bangsa melayu di negeri ini?

Dibawah pentadbiran kerajaan negeri DAP dan Pakatan, seluruh negara menyaksikan bagaimana rakyat di P.Pinang ditekan dengan polisi diskriminasi yang diamalkan oleh Lim Guan Eng. Melayu-melayu dihalang untuk berniaga secara kecil-kecilan di tepi jalan, masyarakat India dipinggirkan kerana kerakusan DAP menguasai tanah negeri, dan sebahagian masyarakat cina disisihkan hanya kerana menyokong kerajaan.

Ini menjadi satu malapetaka besar buat rakyat P.Pinang secara amnya. Janji-janji DAP dan Pakatan hanya tinggal janji. Pemansuhan Tol Jambatan P.Pinang dan juga Tol Sg Nyor yang sebelum ini diwar-warkan, hanya tinggal kenangan. Janji untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini juga masih jadi impian.


Rakyat hanya disogokkan dengan habuan RM100 setahun sebagai satu langkah menutup mulut dan mengabui mata masyarakat keseluruhan. Apakah makna sumbangan RM 100 yang diberikan hanya setahun sekali jika hendak dibandingkan dengan hasil yang dikaut oleh kerajaan negeri?

Pulau Pinang terkenal sebagai sebuah negeri yang maju dengan industri perindustrian serta perlancongannya. Ia juga adalah diantara negara terkaya didalam negara. Ini yang menjadi tarikan utama koloni DAP untuk menjajah tanah negeri bagi menampung perut mereka dan kroni mereka.

Di atas fakta tersebut juga lah yang mendorong DAP untuk mencuri serta merompak secara besar-besaran khazanah negeri yang digelar Pulau Mutiara ini. Hanya dalam masa 3 tahun sahaja, kita semua sudah dapat melihat bagaimana ghairahnya Lim Guan Eng serta kuncu-kuncunya meragut hasil yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat P.Pinang.

DAP adalah umpama toyol yang sentiasa laparkan duit. Sehingga kini, nafsu mereka semakin memuncak menghidu-hidu wang rakyat untuk dikaut ke dalam kocek mereka sendiri. Sejak awal pemerintahan mereka di P.Pinang, sudah berapa banyak tanah negeri mereka gadaikan untuk kesenangan kaum kerabat mereka sendiri. Antaranya ialah projek perumahan lereng bukit di kawasan Bayan Lepas.

Jika mengikut peraturan binaan struktur, ia telah menetapkan syarat bahawa pembangunan mesti di atas tanah yang tidak membabitkan ketinggian melebihi 76 meter dan kecerunan tidak melebihi 25 darjah. Bagaimana pun, semua faktor dan syarat-syarat itu telah diketepikan oleh kerajaan DAP demi keuntungan mereka sendiri. Siapa punya angkara ini? Adakah dari Pakatan atau orang UMNO dan BN? Semua ini telah kita lihat dan saksikan.

Kini, semakin hari semakin berdegup kencang jantung rakyat untuk kembali mengundi pemimpin pilihan mereka dan juga kerajaan yang bakal mencatur negeri. Tetapi adakah Barisan Nasional mampu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat di P.Pinang setelah hampir sepenggal negeri ini dibelenggu “kegelapan”?

Adakah Umno dan Barisan Nasional negeri ini mampu untuk mengutamakan kehendak rakyat yang mahukan hasrat mereka didahulukan? Dengan masa yang semakin suntuk ini, semua kepimpinan parti dan juga jentera kerajaan harus membuktikan kesanggupan mereka untuk menggalas harapan rakyat tersebut. Jangan biarkan DS Najib bersendirian melakukan segala usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Apa yang penting, jangan biarkan DAP dan juga Pakatan menguasai pemikiran rakyat dengan permainan politik populis mereka.

MyKMU

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dapat tawan semula pun rasanya sama jew. mesti UMNO bg pd GERAKAN utk perintah. cuma satu jew saranan yg agak giler...semua bangsa cina keluar dr tanah melayu dan pindah ker P Pinang,merdekakan P Pinang dari Malaysia. biar bangsa melayu sahaja berada di Tanah Melayu....GILER nyer komen nih.