Ahad, 2 Oktober 2011

PANAS! Mat Sabu Orang Paling Gembira Bila Chin Peng Balik Malaysia!!



BEKAS Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok, Thailand kini berada dalam keadaan tenat, menurut sumber risikan daerah.


Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.


Kesihatan beliau dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malayaia diminta melawat pemimpin berkenaan.


“Dia sangat uzur. Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau dalam waktu terdekat,” kata pegawai risikan berkenaan.


Difahamkan beliau telah mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan yang lalu.
Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.


Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.


Sumber turut melaporkan beliau kini dibantu oleh dua pembantu di Bangkok dan ingatannya semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu.


Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 2008.


Beliau dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.
Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.


Dalam satu temuramah bersama The Star pada 2009 Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak.


Tetapi beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya. - mStarOnline




Haa.. macam mana orang Malaysia, boleh ka Chin Peng nak balik Malaysia ni. Tak dapat balik masa hidup, masa mati pun jadilah. Nak balik tanam kat Malaysia saja.

Bagaimana pulak dengan lelaki melayu komunis terakhir? Takkan taknak perjuangkan isu ni. Ni bapak komunis melaya nak balik tanam kat Malaysia, Mat Sabu tunggu apa lagi? Buat la kempen apa yang patut.

McTheory:
Takkan dah serik dah Mat Sabu??

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAT SABU PATUT PERGI MELAWAT AYAHANDANYA ITU - CHIN PENG KERANA GAGASAN CHIN PENG DENGAN SOKONGAN PEJUANG KESAYANGAN MAT SABU - MAT INDERA MAKA BALAI POLIS BUKIT KEPONG BERJAYA DIMUSNAHKAN. TENTULAH MAT SABU BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN ITU - PI LAH MAT SABU MELAWAT AYAHANDA ANDA ITU.

Tanpa Nama berkata...

Che Mah kata gambar Mat tu fitnah kerana bang Mat tak dak bulu dada.

w.s.m

Tanpa Nama berkata...

Bila Mat Sabu dipenjarakan nanti saya cadangkan supaya filem Bukit Kepong ditayangkan dalam sel penjaranya dan dokumentasi yang ditayangkan oleh RTM mengenai waris-waris anggota keselamatan yang telah gugur demi mempertahankan Bukit Kepung juga ditayangkan bersama, hidangkan filem Bukit Kepong dan dokumentasi itu setiap hari saya percaya bila dia keluar nanti dia akan insaf tapi kalau tak insaf juga mungkin otaknya akan jadi biul.

Warga sebelum merdeka