Jumaat, 14 Oktober 2011

PANAS!! Sakit Belakang Anwar Satu Penipuan!!


AIDCNews – 11/10/11 – Laporan Suruhajaya Diraja Untuk Menyiasat Kecederaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Semasa Tahanan Polis (1998) yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Anuar Zainal Abidin itu turut dianggotai oleh Mahadev yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan pakar bedah ortopedik, Datuk Dr. Yeoh Poh Hong tidak menemui sebarang bukti sakit tulang belakang Anwar disebabkan beliau dipukul ketika ditahan di lokap polis Bukit Aman pada tahun 1998.

Sebaliknya Suruhanjaya Diraja itu menemui bukti baru bahawa sakit tulang belakang Anwar itu bukan berpunca daripada dipukul di lokap pada tahun 1998, sebaliknya berpunca daripada Anwar terjatuh dari kuda beberapa kali sejak dari tahun 1991 hingga 1997.

Bukti itu ditemui oleh para doktor yang memeriksa dan merekodkan keterangan Anwar selepas didakwa dipukul oleh polis.


Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur 1998

Doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur yang menjalani pemeriksaan ke atas Anwar pada 24 September 1998 di Pusat Tahanan Reman, Jalan Semarak meenyebut dalam laporannya bahawa Anwar pernah jatuh kuda sejak 6 tahun lalu, sebelum kejadian dipukul di lokap polis 1998.
Enam tahun daripada kejadian dipukul 1998 itu, bermakna Anwar terjatuh dari kuda sekitar tahun 1991 atau 1992.

Menurutnya, akibat jatuh kuda itu Anwar mengalami penyakit saraf iaitu ‘cervical spoadylosis’ yang bermaksud penyakit saraf bahu dan leher yang memerlukan pesakit itu menerima rawatan neurologi (rawatan saraf) serta dinasihatkan memakai pendakap leher untuk merawat penyakitnya itu.

Penemuan Dr Vasantha ini diperkukuhkan oleh laporan empat panel doktor yang terdiri daripada Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan yang turut memeriksa Anwar pada 2 Oktober 1998 di ibu pejabat polis Bukit Aman.


Laporan empat panel doktor : Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan

Ketika itu, Dr Anuar (Consultant Physician and Endocrinologist) dan Dr SK Choon (Consultant Orthopaedic Surgeon) mewakili Hospital Universiti, Kuala Lumpur, manakala Dr Siang Tong ( Consultant Physician and Gastroenterologist) dan Dr Mohd Borhan (Consultant Orthopaedic Surgeon) mewakili Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut laporan mereka berempat yang ditulis bersama itu, Anwar didapati beberapa kali mengalami kecederaan akibat jatuh kuda, kali pertama pada Mac 1991 yang mengakibatkan patah tulang belakang (belikat) sebelah kiri (a left scapula fracture)

Pada Disember 1991, Anwar mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkorak kiri (left occiput) dan saraf otak (celebral concussion).

Manakala pada tahun 1993, Anwar cedera di bahagian saraf bahu dan leher (cervical spondylisis and disc prolapse) terutamanya di bahagian C5 atau C6.

Laporan itu turut menyebut, pada tahun 1997, Anwar mendapat rawatan di Hospital Universiti (UH) Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan di bahagian lengan dekat siku (right tennis elbow).



Petikan dari Laporan Suruhanjaya Diraja tentang kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah pada 5 Januari 1999

Sebab itu, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah pada 5 Januari 1999 merumuskan berdasarkan kepada laporan-laporan doktor dan fail penyiasatan skuad polis khas, beliau berpuas hati bahawa bukan semua kecederaan pada tubuh Anwar itu dilakukan oleh anggota polis.

Berdasarkan laporan-laporan tersebut, beliau menegaskan, ada ”beberapa kecederaan yang didakwa oleh si pengkomplen yakni Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Mata Anwar didapati lebam apabila beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 September 1998 untuk menghadapi lima tuduhan liwat dan lima tuduhan rasuah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membuat aduan polis (Balai Tun H. S. Lee Laporan No. 25223/98) berhubung kecederaan itu pada pukul 2.40 petang 27 September dengan mendakwa telah dicederakan ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada malam Isnin 20 September 1998.

Dalam kenyataan Peguam Negara itu, beliau juga menjelaskan bahawa Laporan Panel Doktor yang memeriksa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menunjukkan telah berlaku beberapa kecederaan yang dialami oleh Anwar sebelum beliau ditangkap polis pada 20 September 1998.

AIDC

Tiada ulasan: