Selasa, 4 Oktober 2011

PAS KEDAH LOQLAQ SANGAT AIH HAMPA NI



Kerajaan Pas Kedah anggap tiada isu guna wang peruntukan jalan

ALOR SETAR  Okt. - Kerajaan Pas negeri menganggap tindakannya menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi membayar gaji dan kos pentadbiran negeri tiada isu meskipun dituntut membuat penjelasan kepada rakyat.


Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi (gambar)berkata, isu berkenaan tidak berbangkit kerana kaedah kerajaan negeri membelanjakan peruntukan berkenaan adalah sama dengan dilakukan semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah.


"Dulu pun kerajaan BN tak menghabiskan sepenuhnya peruntukan itu dan masih berbaki. Jadi tiada isu yang berbangkit, UMNO sengaja nak buat isu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan agar kerajaan negeri memberi penjelasan kepada rakyat Kedah mengenai tindakannya menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi membayar gaji dan kos pentadbiran kerajaan negeri.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah semalam dilaporkan berkata, tindakan berkenaan jelas mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak mendapat kemudahan jalan raya yang lebih selesa.


Isu penyelenggaraan jalan raya di negeri ini menjadi perhatian apabila ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini setelah kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM50 juta sahaja daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM150 juta.


Ditanya bilakah projek membaik pulih jalan akan dilaksanakan kerana banyak rungutan diterima,
Phahrolrazi berkata, kerajaan negeri menyerahkan kuasa melantik kontraktor kepada jurutera daerah agar projek tersebut dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.


Katanya, agihan tender kontrak membaiki jalan negeri di bawah RM500,000 akan diuruskan oleh jurutera daerah memandangkan lantikan kontraktor belum dilakukan ekoran masalah teknikal.-UTUSAN

CUBA LA YB PENGKALAN KUNDUR BAGI JAWAPAN CAM ORANG EDUCATE SKIT,INI JAWAPAN APA TAK ABEH2 NAK SALAHKAN KERAJAAN BN..OSTAT JIJAN KATA PENTADBIRAN LA NI BAGUIH DARI KERAJAAN DULU?? APA YANG BAGUIHNYA?APA APA ISU TIMBUL TUDUH KERAJAAN LAMA. KAMI IKUT CARA KERAJAAN LAMA, APA CRITA NI?


LAGU TU KALU KERAJAAN BN DULU BAGUIH LA,DAH SEMUA BENDA HAMPA KATA SISTEM IKUT KERAJAAN DULU.ISU TIKET FERI NAIK HAMPA TUDUH KERAJAAN DULU,ISU TANAH KA APA2 SAJA PUN TUDUH KERAJAAN DULU..PERUBAHAN CAMNA YANG HAMPA BAWA?TUKAQ KETA BARU,BINI BARU,RUMAH BARU KA?


CAKAP STEADY LA SKIT YB PENGKALAN KUNDUR,YB BERJAWATAN EXCO Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya dan Pertanian JALAN RAYA NEGERI YG BERLUBANG2 TU BAWAH YB SO EXPLEN LA ELOK2,XKAN NAK SURUH JURUTERA DAERAH LAK EXPLEN BG TAU RAKYAT.YANG JALAN PERSEKUTUAN TU BIAQ BELATI WANGSA HANDLE DEPA PUN LA NI SYOK DUK BUAT KERJA SENDIRI (SUB CON LARI)..


PMK
PAS KEDAH LOQLAQ

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jubog lah pemimpin pas kedah nie..

Tanpa Nama berkata...

awat kedah la ni kotog sangat. memalukan

Tanpa Nama berkata...

awat kedah la ni kotog sangat. memalukan

Tanpa Nama berkata...

Yang depa pandai, jawab kata Kerajaan dulu salah. Tu bukan loqlaq daaaahh... Yang tu bodoh namanya