Selasa, 22 November 2011

GEMPAR!! Sambutan Meriah Bob Lokman di Johor!!


Parlimen Kota Tinggi mempunyai pengundi berdaftar hampir 30,000 orang. Agak-agaknya dengan kehadiran pada majlis anjuran PAS dan Pakatan Parlimen Kota Tinggi malam tadi, terjejas ke undi BN di Kota Tinggi?

Aku tak mahu le bercerita pasal Bob Lokman kat sini. Ini sebab kat Johor dia tak popularpun, malahan samada juruacara mahupun 3 penceramah awal sebelum Bob Lokman, tak da sorang pun yang memanggilnya dengan gelaran Ustaz. Jelas Bob Lokman belum layak dipanggil Ustaz.




Dalam kira-kira 70 orang (kiraan kasar aku) yang hadir, aku berminat nak cerita pasal satu Pak Cik ni. Dia tak duduk kat atas tu, tapi anak beranak duduk dalam van Mitsubishi Delica. Akupun buat le baik kat Pak Cik ni dengan menegurnya dan dijawab dengan baik oleh Pak Cik tersebut.

Dalam van tu rupanya semua anak-anak dia dari yang bujang, anak dara dan yang masih bersekolah. Itu menurutnya. Aku ingatkan Pak Cik ni datang kerana menyokong PAS, rupanya dia datang bawak anak-anaknya yang menurutnya bebudak sekarang ni tak tau memilih antara intan dan kaca.

Menurutnya dia datang supaya anak-anaknya menilai, kerana yang berucap sebelum Bob Lokman tu semuanya bakal-bakal calun Pakatan nanti sebab semuanya pernah kalah bertanding dahulu.

Dia mempersoalkan kepada anak-anaknya, bagaimana seseorang tu, kalau belum jadi pemimpin dan berkuasa lagi dah maki hamun dengan kepala hotak, mak bapak, haramjadah dan sebagainya kepada para pemimpin dan penjawat awam, bagaimana pulak nanti agaknya perkataan dan perbuatan mereka jika ada kuasa?

Aku salute kat Pak Cik tu dalam menyedarkan anak-anaknya. Tak rasa rugi duit minyak aku ke Kota Tinggi malam tadi. Sibuk berbual dengan Pak Cik tu, aku tak dengar apa yang Bob Lokman merepek.

Tenggara Is Southeast

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice...good story and lesson