Ahad, 13 November 2011
PANAS!! Dap Dan Anwar, Mahukan Seks bebas!!
Portal Dap melayu menyokong penuh 'Seksualiti Merdeka' satu penganjuran parti seks bebas yang berlangsung secara haram. Mereka Dap Melayu dengan teguh berada dibelakang penganjur S.Ambiga iaitu bekas seorang peguam yang sememangnya terkenal dengan aktiviti aktiviti haramnya.
Ambiga yang juga penganjur himpunan Bersih 2.0, mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk ketua umum Pakatan si Anwar Ibrahim. Anwar yang sememangnya mempunyai imej seks bebas dan songsang yang terkenal, menyokong penuh penganjuran Seksualiti Merdeka dengan alasan mahu membela nasib golongan songsang di Malaysia.
Bukankah seks songsang dan bebas ini merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang negara? Jangan cakap pasal Islam la. Kita ambil undang-undang sekular pun, ia tetap salah. Kenapa mereka ini mahu menghalalkannya?
Dengan alasan ia tergolong dalam Hak Asasi Manusia, maka kumpulan songsang ini dibenarkan?
Apa bezanya seks songsang dengan kumpulan ajaran sesat?
Ia tetap songsang dan sesat. Jadi ia salah!
Kalau kita bersetuju dengan penganjur seks songsang, mungkin selepas ini akan ada penganjur yang akan membuat majlis membela penjenayah pula.
Hak asasi manusia, ditubuhkan oleh kaum yahudi untuk membela nasib kaum mereka apabila ditekan dengan kuasa lain satu ketika dahulu. Mereka mengunakan hak asasi manusia untuk terus hidup dan berkuasa.
Namun setelah mereka kukuh dan kuat. Mereka menafikan hak asasi manusia kepada pihak lain. Contohnya cara mereka menjajah dan menafikan hak rakyat Palestin.
Sebab itu kita perlu berjaga-jaga dengan pihak yang selalu mengunakan perkataan hak asasi manusia. Kerana selalunya pihak yang berniat jahat sahaja yang akan menafikan undang-undang dengan alasan tersebut.
Bila mereka berjaya, mereka akan pijak pula kita dengan undang-undang ciptaan sendiri dan menafikan hak kita menuntut segalanya.
Itulah permainan halus yang digelar 'the theory of zionis'
Permainan untuk berkuasa, permainan untuk menjajah. Sekarang pun unsur-unsur ini diterapkan secara perlahan-lahan di Malaysia. Unsur-unsur liberal, unsur-unsur pluralisme dan freemason wujud dengan cemerlang sekali.
Mereka mahu menghalalkan yang haram. Mereka mahu undang-undang jadi lemah. Senang mereka mengubah negara mengikut corak pemerintah mereka. Raja-raja disingkirkan, Islam diolah, Melayu dicampak.
Kononnya ia perjuangkan rakyat. Seks bebas di julang, liberal dimartabatkan. Islam dan Melayu hanya tinggal dalam muzium.
Apakah anda mahu hidup dinegara yang sebegitu?
Mungkinkah Pas akan membantah? Pas ni ibarat lembu dicucuk hidung. Mengikut apa saja cakap tuannya.
Pas tak boleh harap, dari harapkan Pas. Umpama menunggu kucing bertanduk.. faham?
McTheory:
Tepuk dada tanya iman..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
saya tak faham dengan PAS..
kenapa diam diri dalam hal ini?
memang silap lar DAP dan anwar kalu sokong isu nih... kekalahan pembangkang terselah lagi...
seksualiti merdeka bukan parti seks bebas. tapi festival memperjuangkan hak kebebasan memilih orientasi seksual. ambiga bukan penganjur tetapi hanya merasmikan seperti marina mahathir pada tahun 2009. tiada aktiviti seks dirancang hanya forum dan ceramah. hanya berkongsi fakta. tidak menyokong kerana perjuangan mereka ini tidak betul dan akan ttap salah di sisi masyarakat
Catat Ulasan