Ahad, 13 November 2011

PANAS!! Kenapa Ustaz Azizan MB Kedah Sayangkan UMNO??



Sebagaimana yang aku janjikan, aku bongkarkan apa yang terjadi kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dan status jawatan yang disandangnya itu malam ini. Sebenarnya, musuh utama MB Kedah itu sekarang ialah puak-puak PAS Kedah sendiri.

Dan paling mengejutkan ialah Azizan selama ini berjaya mempertahankan jawatan MBnya itu hasil pertolongan dan sokongan dari pihak UMNO..!!!

Sebagaimana kita tahu sebelum ini dilaporkan bahawa Azizan Razak berkali-kali cuba digulingkan oleh puak-puak PAS sendiri, terutamanya Phahrolrazi dan Ir. Amiruddin, terutamanya ketika Azizan sedang menjalani rawatan jantung di IJN.


Pada satu ketika, Azizan sudah hampir digulingkan dan jawatan MB Kedah sangat hampir bertukar tangan kepada Phahrolrazi atau Amiruddin sendiri. Malah, nama calon MB Kedah yang baru hanya menunggu masa saja untuk diumumkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

Namun, mendengar rancangan "coup de tat" tersebut, Azizan bingkas dari sakitnya dan bergegas pulang ke Kedah meskipun doktor menasihatkan beliau untuk terus mendapat rawatan di IJN. Sebab itu juga, MB Kedah itu terus masuk pejabat dan tidak menghiraukan nasihat doktor tersebut.

Menurut sumber yang aku terima lagi, selama ini Azizan banyak kali di"kena"kan oleh barisan Exco-Exconya yang menyebabkannya kadangkala tersilap membuat keputusan dan menandatangani perkara yang memberikan "bola tanggung" untuk "musuh dalam selimut"nya itu memburukkan nama Azizan di Kedah.

Namun, setelah dirujuk kepada beberapa pegawai Kerajaan Negeri yang sememangnya diketahui penyokong kuat UMNO, Azizan di"breif" bahawa tindakannya itu kurang tepat dan akan menghasilkan "back fire" terhadap dirinya. Setelah diperbetulkan kesilapan itu, barulah Azizan kenal "siapa kawan, siapa lawan" sebenarnya...

Hakikatnya, sudah banyak kali Azizan "diselamatkan" oleh pegawai-pegawai pro-UMNO tersebut. Dan dikhabarkan bahawa Azizan juga mulai sedar tentang konspirasi dalaman yang sedang dihadapinya. Mengaku atau tidak, Azizan memang sayangkan UMNO berbanding beberapa rakan PAS Kedah yang "berhati busuk"...

Bagaimanapun, untuk menjaga imej dan nama PAS Kedah, Azizan takkan sekali-kali mengaku tentang hakikat ini kepada khalayak umum, khususnya kepada media. Dia tak mahu disebabkan kemelut PAS Kedah yang rakus kepada jawatannya itu, ia akan memalukan PAS di seluruh Malaysia. Dipercayai, sebab itulah Azizan sembunyikan hal ini...

Percaya atau tidak, itulah hakikat PAS Kedah sekarang sehingga PRU ke-13 kelak. Saya yakin, kalau ditanya malah diasak bagaimana sekalipun, Azizan takkan mengaku kesahihan berita ini. Namun saya yakin, hati kecilnya kuat mengangguk kebenaran pendedahan ini. Justeru itu, tak payah tanya pada Azizan..dia takkan mengaku punya...

Saya masih ingat kata-kata Phahrolrazi yang mengidamkan jawatan MB Kedah itu..."Salah satu sebab mengapa Datuk Azizan perlu turun dari jawatan MB ialah kerana dia terlalu bagi muka pada UMNO"...sayang juga Azizan pada UMNO ye? Mengapa? Hanya Azizan saja yang tahu jawapannya...

Kisahnya dari blog Duke Of UMNO

Tiada ulasan: