Selasa, 22 November 2011
PANAS!!! PEMBANGKANG ADA KAITAN DENGAN KEBIADAPAN PENYOKONG INDONESIAL
Tindakan biadab serta layanan kurang ajar yang diberi penyokong Indonesia kepada kontinjen Malaysia di sepanjang kejohanan Sukan SEA XXVI, mempunyai kaitan dengan sikap pemimpin pembangkang yang berterusan memburuk-burukkan negara sendiri di Indonesia.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, walaupun beliau sendiri tidak berniat untuk memasukkan elemen politik dalam bidang sukan, tetapi perbuatan segelintir pemimpin pembangkang telah membakar dan menyemarak perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia.
Katanya, perasaan benci itu hanya ditujukan kepada kontinjen negara kerana pemimpin pembangkang dari Thailand, Vietnam mahu pun Singapura tidak pernah ke Indonesia secara berkala semata-mata kerana mahu memburukkan kerajaan dan negara sendiri demi kepentingan politik sempit.
"Kenapa penyokong Indonesia terlalu benci dengan Malaysia? Adakah kerana pekerja Indonesia tidak dilayan dengan baik? Ini bukan soal layanan kepada pekerja asing Indonesia. Mereka bukan setakat boleh cari makan tetapi boleh ada satu kehidupan yang cukup baik di sini.
"Tetapi kenapa Malaysia sahaja menjadi mangsa iri hati rakyat Indonesia, kenapa tidak Thailand, Vietnam dan Singapura. Ini kerana ada di kalangan pemimpin kita (pembangkang) pergi ke Indonesia untuk memburuk-burukkan negara dan ia dibuat secara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu mengapa penyokong Indonesia begitu membenci kontinjen negara semasa sesi perbahasan peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Terdahulu, Dewan Rakyat mendesak kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas ke atas kegagalan Indonesia memberi layanan terbaik kepada kontinjen Malaysia, termasuk menghina lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.
Mohamad berkata, sikap tidak profesional Indonesia selaku penganjur dengan menjadikan pentas Sukan SEA sebagai medan menimbulkan kebencian sehingga membunuh semangat kesukanan adalah sesuatu yang biadab dan kerajaan Malaysia perlu bertindak segera.
"Sikap penyokong Indonesia dan penganjur cukup memalukan. Mereka ini bukan sahaja merosakkan nilai kesukanan tetapi tidak layak untuk menjadi tuan rumah. Kalau nak sangat menang semua acara, Indonesia anjur sukan yang dia sahaja main, jadi semua pingat dia yang dapat," katanya.
Sementara itu, P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) pula mahu FAM membawa isu layanan buruk yang diterima pasukan Harimau Muda ke Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).
PMK TAU SIAPA YANG YB DATUK RAZALI MAKSUDKAN TU,BIASA LAH ORANG YANG TERDESAK AKAN MELAKUKAN APA SAJA UNTUK MEMBURUKKAN KERAJAAN SEDIA ADA NI.JADI YANG MENJADI MANGSA IALAH RAKYAT MALAYSIA SAMA ADA DI SANA ATAUPUN DI MALAYSIA JUGA.
SEKARANG NI MALAYSIA SERING KALI MENJADI MANGSA RAKYAT INDONSIAL,BARU BARU NI DALAM LAMAN SOSIAL FACEBOOK DAN TWITTER RAKYAT INDONESIAL TAK HABIS CUBA MEMPROVOKASI ATLIT ATLIT MALAYSIA DI SANA.
JADI KITA PERCAYA KEBIADAPAN RAKYAT INDONESIAL SEKARANG NI ADALAH BERPUNCA DARI PEMBANGKANG
PMK
GARU DADA TANYA SELERA.HEHEHE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
PMK....salah tu! GARU KOTE TANYA JUBUR!
hehehe lucah sgt tu
Catat Ulasan