Isnin, 28 November 2011

TUDIAA!! BILA KETUA LEMBU MARAHKAN LEMBU-LEMBU PKR YANG LAIN!!

Apabila lembu pakai songkok..

He he he.. Pudin lembu naik angin semalam apabila ada diantara YB PKR yang langsung tak datang ke kongres PKR di Johor.

Apa nak buat Pudin, mungkin depa pun dah bosan dengar hang dengan Anwar dok merepek. Dari dengar hang dengan Anwar merepek, baik depa buat kerja lain.

Lagi satu, memang YB PKR ni kurang komitmen pada kerja. Setia pada parti pun kurang, sebab tu depa jadi macam tu.

Senang cerita, YB-YB PKR ni memang malas pun. Baloq liat orang Kedah kata. Lain kali kalau tengok lambang PKR tu, tak payah la pangkah. Depa bukan buat gheja pun. Tidoq saja lebih.


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad menempelak sebahagian wakil rakyat parti itu yang bersifat pentingkan kuasa namun membelakangkan kepentingan parti.

Sambil menyifatkan golongan wakil rakyat itu sebagai oportunis yang mencari peluang untuk kepentingan peribadi, Saifuddin memberi amaran bahawa sikap pemimpin seperti itu tidak akan diterima dalam parti.

"Saya marah kepada YB (Yang Berhormat) yang tak ada dalam dewan ini. Mereka lupa bahawa mereka tak boleh jadi YB tanpa platform parti. Mana lagi tempat untuk mereka bersama dengan anggota melainkan platformkongres ini?

"Tak ada tempat untuk oportunis. Itu saya sampaikan dari hati saya dan saya sedia menghadapi risiko. Saya tak tergamak dan tak sampai hati tengok pengorbanan anggota bawahan dikhianati hanya kerana bergelar YB.

"Tak ada yang lebih penting daripada berada di sini bersama anggotaparti jauh dan dekat yang datang dari jauh," katanya ketika sesi penggulungan Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Ahad.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata demikian merujuk kepada beberapa wakil rakyat parti itu yang tidak turut sama menyertai kongres selama dua hari.

Walaubagaimanapun Saifuddin tidak menyebut nama-nama wakil rakyat yangdimaksudkannya.

Menurut Saifuddin, beliau kagum dengan semangat anggota parti peringkat bawahan yang sanggup meninggalkan tugas masing-masing semata-mata mahu menghadiri kongres yang dianggap cukup penting sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. - Mstar

McTheory:
Tanya si Lembu Pudin tu, dia rajin ka turun Machang? Pusat Khidmat pun tak pernah bukak!!

Tiada ulasan: