Jumaat, 2 Disember 2011

GEMPAR!! MCA IMPORT PELAKON LUCAH UNTUK KUATKAN PARTI??

Pada Mesyuarat Pemuda MCA yang lepas, semua mata terpegun dan tertanya-tanya mengenai kehadiran beliawanis MCA yang tampil bak model hadir kedalam dewan semasa mesyuarat berlangsung. Belum pun meminta penjelasan dari pihak pemuda MCA, ada portal dan blogger pembangkang yang cuba memfitnah dengan mengatakan beliawanis tersebut adalah upahan yang mahu menarik perhatian banyak pihak.

Ditambah lagi dengan fitnah yang mengatakan bahawa beliawanis MCA itu adalah model-model seksi dan lucah yang dibeli untuk menarik perhatian orang muda menyertai MCA.

Betul kah dakwaan mereka? Kita tengok gambar mereka dulu..


Patut la puak pembangkang dengki.. memang segak pun..



Dakwaan dan tohmahan pembangkang itu di tolak mentah-mentah oleh ketua Beliawanis MCA, Tee Hooi Ling menolak dakwaan bahawa wanita berkenaan bukan ahli bona fide parti tersebut.

"Hal ini tidak benar, mereka adalah semua ahli. Jika tak silap, ada antara mereka adalah dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh tergamak membuat dakwaan seumpama itu," katanya.

Tee berkata bahawa ia "sangat menjijikkan" untuk netizens (warga di internet) mempersoalkan keanggotaan wanita berkenaan semata-mata kerana mereka berpendapat wanita itu cantik.

Katanya, ahli-ahli Beliawanis itu hadir pada Sabtu lalu kerana menerima jemputan Pemuda MCA yang akan membuka sayap itu kepada ahli-ahli wanita tahun depan.

"AGM hanya untuk perwakilan pusat, dan Beliawanis daripada beberapa bahagian telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan untuk menjadi pemerhati," katanya. Walau bagaimanapun Tee tidak pasti bahagian-bahagian yang dijemput itu.

Menurut beliau gambar-gambar ahli Beliawanis MCA yang terpampang di dada akhbar itu adalah ahli "yang agak baru", sambil menambah bahawa Pemuda MCA boleh mula merekrut ahli-ahli wanita sebelum dasar itu menjadi rasmi.

Penjelasan tersebut menafikan fitnah pembangkang yang selama ini bermain dan berlegar-legar di alam maya ini.

Sudah resam pembangkang, tidak boleh melihat parti komponen BN lebih sikit daripada mereka. Ada saja yang mereka nak fitnah!!

McTheory:
Lepas ni jangan terkejut kalau Anwar dan Dap import China Doll berpakaian seksi join dorang pulak.. hehe..

Tiada ulasan: