Ahad, 18 Disember 2011

KASI GEGAR!! BERSIH MAHU GANGGU PRU KE 13 NANTI?



Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika diwawancara wartawan FMT, Celine Boileau, di Paris mengakui beliau sedang melobi badan-badan antarabangsa untuk pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.

Sebulan selepas perhimpunan haram BERSIH 2.0, Julai lalu, Ambiga sudah berkempen di London dalam majlis makan malam pengumpulan dana dan dialog mengenai reformasi pilihan raya.

Kemudian, disusuli pula dengan lawatannya ke Australia dan Eropah.

Menurut Ambiga, BERSIH 2.0 merupakan satu organisasi yang merentasi kaum, jantina, agama, dan lain-lain di Malaysia yang bukan sahaja untuk pilihan raya, tetapi juga untuk menuntut amalan demokrasi, sistem tadbir urus yang baik dan melaksanakan hak-hak asas sosial.


Katanya, nilai-nilai demokrasi adalah universal untuk semua negara di dunia ini dan kini BERSIH 2.0 mempunyai rangkaian di seluruh dunia.

“Puncanya juga universal. Keperluan untuk pilihan raya yang bebas dan adil adalah rukun asas dalam demokrasi mana-mana negara.

Katanya, kini rakyat Malaysia tidak lagi membenarkan diri mereka diasingkan mengikut isu-isu yang berdasarkan kaum dan agama. Sambung baca klik SINI


Dana apa yang si Ambabiga ni kumpul sebenarnya? Dana untuk Bersih ke, dana untuk pilihanraya? Apa kena mengena Bersih dengan pilihanraya selepas ni. Apakah Bersih mahu mengantikan SPR? Menguatkuasakan pilihanraya?

Bersih tu satu pertubuhan haram. Jadi haram semuanya.. takdak yang halal pun. Mungkin puak-puak haram ini akan cuba sabotaj pilihanraya yang akan datang. Berbekalkan bantuan dana dari luar, mungkin puak haram ini melakukan sesuatu bagi memporak perandakan Malaysia di waktu pilihanraya akan datang.

Nama kata Anwar dan Ambiga memang langsung tak boleh percaya..

McTheory:
Dua nama setan dalam Malaysia..

Tiada ulasan: