Jumaat, 30 Disember 2011

KASI PANAS!! SKANDAL JAMIL KHIR MAKAN DUIT ZAKAT!!

Jamil Khir makan duit zakat?

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis 



Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..

Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.


Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
sumber dari sungai anak derhaka

klik untuk besarkannya
klik utk besarkan
Ini jawapannya..hehehehe


"Pelarasan jurnal berjumlah RM63,650 TELAH SELESAI dibuat sebelum penutupan akaun MAIWP tahun 2010. Sehubungan ini peruntukkan wang zakat yang didahulukan telah dibayar balik daripada peuntukkan sumber am dan perbelanjaan ini telah disahkan oleh pihak Audit."


Sampai bila ler blogger-blogger PR nak mencipta fitnah? Cukup-cukuplah itu. Jangan cuba nak menyembunyikan kebenaran demi hendak mengikut telunjuk tuan kamu....
Yang menipunya kamu tetapi tuduh orang lan pulak menipu..hehehehe
Bertaubatlah sebelum terlambat....

Melayu Kedah Terakhir

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fitnah lagikkkk...pembangkang niihh dah tak ader kerje kerrr

Tanpa Nama berkata...

Pangkah PAS masuk syurga? Konon la..bila pangkah PAS menang dan BERKUASA lepas tu buat FITNAH dan SALAHGUNA KUASA.Syiar Agama diabai perkara MAKSIAT diutamakan. Kalu gitu bila diberi kuasa senang buat DOSA,KESIAN KAWAN-KAWAN kita.Gimana esok diakhirat. Untuk tolong depa jangan buat dosa, jangan bagi kuasa bererti jangan bagi undi. Boleh gitu?

Tanpa Nama berkata...

Setujuuuuuu, kita tolong depa tak buat dosa, kita pun tumpang dapat PAHALA. Faham no.......

Tanpa Nama berkata...

sat aku xpaham; ayat yang hang quote tu kata pelarasan maksudnya duit zakat dah diguna tu dah bayaq balik. Jaddi betui la dah guna duit zakat tu???

Then kalau bayaq balik pun masih salah la kan, pasai tu duit zakat, mana bulih advance untuk kos guaman? Tolonglah, konpius aku?

Tanpa Nama berkata...

Betoi la tu..kiranya benda tu mmg jadi..sbb tu byq balik..bkn fitnah..adoi..senangnye nak paham..yg x paham..makan pinang byk kot..otak jd keras..

zul berkata...

bole terangkan asnaf no berapa wang zakat tu digunakan? setahu saya ada 8 je asnaf zakat tak tau pulak kalau dah bertambah....? wang zakat haram digunakan,saya ulang ye..haram digunakan...kalau bukan untuk 8 asnaf nie..jadi awak timbang sendiri la..8 asnaf ni pulak ialah :
1. Fakir 5. Riqab
2. Miskin 6. Gharimin
3. Amil 7. Fisabillilah
4. Muallaf 8. Ibnu Sabil
ada tak untuk bantuan guamaan? tak de kan? jadi...bole terangkan tak wang zakat yg telah digunakan tu (tak kira di ganti balik atau tidak ) termasuk dlm asnaf mana?

al qasim berkata...

payah cakap dengan orang yg taknak belajar agama. tapi mengaku ada agama.