Khamis, 8 Disember 2011

PANAS!! ENTA PERLU BERHATI-HATI DENGAN ANWAR!! - DR. Yusof Qardawi



Anwar selalu mengunakan nama Ulama terkenal Dr. Yusof Qardawi dalam ucapan dan ceramah beliau. Namun benarkah Ulama itu seratus peratus menyokong cara perjuangan Anwar? Artikel ini Mc ambil dari blog Sg.Rapat Online. Apa perkara yang Anwar dan Pakatan sembunyikan?

Seorang Ulama’ tersohor Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi dan disaksikan oleh Zulkifli Nordin ketika itu agar “berhati-hati dengan Anwar Ibrahim” sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008. Pesanan ini tidak didedahkan kepada umum supaya kredibiliti Anwar tidak terjejas.


Dr. Yusof Qardawi menjelaskan penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk “Building Moderate Muslim Network” terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation.

Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari’ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama.

Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan
Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003.

Memang licik permainan budak Cerok Tok Kun ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah ‘kemaruk’ nak jadi PM selepas PRU12 lalu. Rupa-rupanya ada ‘sponsor’ dari luar sana.

Jangan sampai Allah beri teguran pada Anwar untuk kali yang seterusnya, sudahlah… Anwar perlu insaf dan sedar bahawa peristiwa pemecatannya dalam tahun 1998 sehingga terpenjara selama 6 tahun adalah sebagai balasan ‘dosanya terhadap PAS’.

McTheory:
Kegilaan pada kuasa, menjadikan Anwar tak pernah insaf..

Tiada ulasan: