Sabtu, 31 Disember 2011

PANAS LAGI NIH!! PUAK PAS KEDAH DAH MENGELABAH BEWAKK!!


Munajat Perdana Madrasah Salihiah

Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan tetap mengadakan program Munajat Perdana di Madrasah Salihiah di Kancut pada Sabtu ini (esok) walaupun Dewan Pemuda Pas Alor Setar membuat laporan polis semalam bagi menghalang program itu diadakan.

Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, pihaknya juga ingin menjemput Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd. Azam Awang yang membuat laporan polis itu serta orang ramai untuk turut serta pada program tersebut.

"Aturcara yang akan dijalankan bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 5 petang pada hari itu ialah solat Zuhur, solat hajat dan juga tazkirah.

"Ini bukan himpunan nak buat tunjuk perasaan jadi kami tetap akan jalankan program ini kerana kami ada permit dan orang ramai termasuk Mohd. Azam sila jemput ke program ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Azam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk menghalang program yang akan diadakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) pada Sabtu ini.

Mohd. Azam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini berkata, perhimpunan BBSNS perlu dihalang kerana bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kedah yang membenarkan kaedah istibdal digunakan terhadap tanah wakaf khas madrasah itu.

Menurut Mansor, adalah penting untuk Mohd. Azam dan orang ramai hadir ke program itu kerana pihaknya akan memberikan penerangan mengenai isu yang melanda madrasah itu.

"Kalau Mohd. Azam tidak mahu datang Sabtu ini, dia boleh datang pada bila-bila masa kerana kami bersedia untuk memberikan penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti mengenai madrasah ini agar dia tidak buta fakta," ujarnya.


Ketua Pemuda Pas Alor Setar membuat laporan polis.




Puak Pas ni dah mengelabah bewak dah.. takdan nak buat  apa-apa, depa siap buat report polis lagi. Orang nak sembahyang pun tak boleh ka?

Sejak bila Tazkirah dan sembahyang menjadi satu kesalahan dalam Pas?

Biasa la orang kalau buat salah, memang takut. Tengok muka sendiri dalam cermin pun dia boleh kata hantu.

Sejak dok kawan dengan Dap ni, Pas memang dok jadi perangai pelik-pelik la.


McTheory:
Pas ganti Dap, tentang Pas, bermakna lawan Dap!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jual gadai lacur agama pun boleh, inikan pulak roboh madrasah bina pusat beli-belah. Apa ada hal dgn PAS.

Fatwa bila2 boleh keluar krn PAS dah ada 'nabi' yg bersekongkol dgn 'imam mahadi' dan 'khalifah' kafir harbi.

Tanpa Nama berkata...

Tak malu pula PAS pi cari Polis yang depa hina dengan macam-macam gelaran dan cercaan. J/kuasa Madrasah nak selamatkan harta dan hak mereka apa salahnya. Yang pemuda PAS sibok pasai apa. Kes ni antara J/kuasa surau dengan Kerajaan Negeri Kedah yang zalim. Pemuda PAS ada masyuk ka?

usin berkata...

siap mintak tolong polis halang org nk solat. apa punya turr da pemuda pas kedah ni. dia ingat Allah tak tahu tindak tanduk depa ni kot. kalau polis dpt halang, Allah tak jd tau kot!!! sudah la, Allah maha mengetahui segala2nya. pas kan pemeintah kt kedah, buat la yg terbaik utk agama Islam. amanah tu!! kt dunia mungkin lepas, kt akhirat?