Khamis, 15 Disember 2011

PANAS!! LAGI RAKYAT KEDAH TOLAK KERAJAAN PAS!!



SAYA amat tertarik dengan ucapan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, semasa membahaskan usul ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Dengan menggunakan loghat Kedah, beliau telah mengistilahkan kerajaan Pas di negeri Kedah sebagai 'kemereh'. Apa yang saya faham, sebagai anak jati Kedah, istilah 'kemereh' bermaksud pendek akal, cakap saja pandai tapi tak pandai buat kerja atau lekeh.


Dahulu semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas Kedah berjanji pelbagai perkara dalam manifesto mereka. Orang tua, orang muda, petani, tok imam, bilal masjid, peniaga dan nelayan akan terbela di bawah tema 'Kedah Sejahtera'. Itulah ceritanya.

Lain pula jadinya selepas berkuasa. Kononnya hampir 82 peratus janji-janji dalam Manifesto 2008 sudah ditunai. Ingat orang Kedah ni bodoh sangatkah hendak ditipu sedemikian rupa?

Saya terpanggil untuk menyenaraikan beberapa perkara untuk menunjukkan betapa 'kemerehnya' kerajaan Pas Kedah yang cakap tak serupa bikin ini. Pelbagai janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya belum ditunai. Antaranya:


* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.


* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh.


* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi.


* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut.


* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.


* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri.


* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina.


* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah.


* Janji hendak beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita.


Kalau hendak disenaraikan semua janji, memang banyak lagi. Realitinya, banyak sangat janji yang tidak ditunaikan. 'Kemereh' sungguh kerajaan Pas Kedah!

Yang bertambah di Kedah hanyalah pub, rumah urut, kedai nombor ekor, mesin slot dan pusat karaoke. Balak sebesar betis pun ditebang demi untuk menjana pendapatan kerajaan negeri. Madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun pun hendak diroboh demi hendak membina pusat beli belah.

Saya orang Kedah yang sedar segala penipuan ini, tidak mungkin saya akan mengundi calon-calon Pas di PRU ke-13 nanti

sumber Medan Tempur Kedah

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PAS Kedah bukan saja Kemereh tapi Mandom, Bodoh sombong, Berlagak Alim, Samseng. Dapat kuasa tapi tak tahu nak manfaatkan kuasa ke jalan Allah. Rumah Allah pun depa buat macam rumah PPRT.Rakyat bawahan ditipu, janji tak ditunai. Dasar MUNAFIK. Allah maha kaya. Hangpa tunggulah hari hangpa tersungkur menyembah bumi. Amin..

Tanpa Nama berkata...

cantikkkk...aku antara yg tertipu di PRU12 dgn janji2 depa...kali ni minta maaf la...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan pas--kerajaan cipap...

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Puak PAS ni bagilah apa pun semua akan jahanam... Hukum paling basic Bro... Kalau janji tak ditepati apa natijahnya... Kalau lepas ni orang Melayu masih tak buka mata lagi tak tahulah nak kata apa?...

Naufall Adif berkata...

senaraikan lagi, sapa yg ingat janji depa tolong bak mai.ada bukti anifsto tu lagi cantik. sama2 tolak pas, benci umno rasuah depa pun makan rasuah

Tanpa Nama berkata...

Sejak naik jd MB, mat jan ni tak buat pa pun. yg aku tau keja dok tampal di banner2 besar setiap daerah. keja dok tayang muka dia jaa..... mcm haram..... bukan na pi tengoknya nak pi tanya kesusahan rakyat. keja dok boh banner muka dia jaa.... kalau satu banner RM5000 x 11 daerah mai tlj jumlah sat... aku mintak puak2 hardcore pas mai kira... pthuiiih......

Tanpa Nama berkata...

Tak dak masa nak tunai janji-janji itu, lebih baik bergaya dengan Merc. Minta MB naik Mec. dan lalu ikut batas ban seluruh negeri Kedah, baru dia tahu yang jalan-jalan banyak yang berlobang dan rosak.

Ini lah slogen Negara Berkebajikan.

Hukum lah mereka pada pilihan raya ke13 nanti. Biar mereka tersungkur.

warga sebelum merdeka