Sabtu, 10 Disember 2011

PANAS!! MISI SULIT MAHFUZ DALAM PAS!!



Tindakan PAS Pro Ulama' Kedah yang pertimbang untuk bekerjasama dengan UMNO mengenai isu perpaduan Islam menyebabkan Mahfuz Omar berang lalu mengeluarkan nada kesat terhadap Kumpulan tersebut tersebut.

Mahfuz Omar dalam kenyataan beliau mendakwa PAS Pusat tetap akan bersama DAP dan PKR malah mendakwa Haram bersama UMNO walaupun bersetuju melaksanakan Hukum Hudud di Negeri terbabit. Ini menyebabkan ramai di kalangan mereka yang juga merupakan Penyokong MB Kedah Ustaz Azizan naik berang dan terkejut dengan kenyataan terbaru Mahfuz itu.


Mahfuz yang sebelum ini sedang merancang untuk menjatuhkan Ustaz Azizan mendakwa, visi PAS pada masa kini lebih meluas dan tidak terikat dalam melaksanakan Hukum Hudud, berbeza dengan pandangan PAS sebelum ini yang ikrar sedia bekerjasama dengan UMNO dengan syarat Parti tersebut bersetuju untuk melaksanakan hukum terbabit di Negeri2 yang dikuasai PAS.

Rata2 PAS Pro Ulama' mendakwa tiada gunanya lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti tersebut secara terang2 an tidak akan sama sekali menerima Hukum Hudud sepertimana pendirian yang mereka pertahankan sekian lama..

Malah dakwa mereka, PAS sudah hilang arah tujuan dan hanya bergantung kepada undi Cina kerana mengetahui Parti ini tidak mampu mempertahankan Perlembagaan sedia ada yang memberi keistimewaan kepada Masyarakat ISLAM dan Melayu.

Sumber klik SINI


McTheory:
Mahfuz ni gilo meroyan saja lebih..

Tiada ulasan: