Khamis, 1 Disember 2011

TAHNIAH NIK AZIZ KERANA MENJADI JUARA TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT!!

sekadar hiasan..

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diselar kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin apabila negeri itu menjadi 'juara' dengan mencatat jumlah pesakit HIV paling ramai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

Perwakilan Kelantan, Che Hanuni Che Ali yang juga Ketua Puteri UMNO Bachok, berkata Nik Aziz perlu bertanggungjawab dan jangan hanya pandai meletakkan kesalahan pada pihak lain.
“Untuk pengetahuan bukan saja pada 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang Kelantan.

“Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal, perangai pemimpin dan penyokong PAS, mereka akan melemparkan keburukan itu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).


“Mereka (PAS) hanya hendak yang baik-baik, perkara buruk semuanya milik orang lain. Jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari hingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang, manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

“Di Kelantan sebenarnya banyak yang retorik, mereka hanya meletakkan papan-papan tanda di jalanan seperti 'membina generasi al-Quran' 'bersama kepemimpinan ulama' tapi realitinya hanya omongan kosong,” katanya ketika membahas usul sosial pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO, semalam.
Katanya, keruntuhan akhlak di kalangan anak muda kini semakin membimbangkan dan ibu bapa perlu memainkan peranan sebaik mungkin dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO bahagian Jerai, Hasfizatulnisah Mat Isa, yang mewakili Kedah bagi membahaskan usul sosial mengecam pengajuran Seksualiti Merdeka oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, pengajuran program sebegitu boleh memberi ancaman kepada masyarakat Melayu, selain akan membawa kepada keruntuhan akhlak di kalangan anak muda serta mengancam akidah umat Islam.

“Oleh itu kami mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan undang-undang serta meningkatkan pemantau dengan menutup laman sosial berunsur lucah,” katanya.

Nada sama turut disuarakan Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Huzry Fionnawaty Hussein yang menyifatkan penganjuran Seksualiti Merdeka sebagai serangan kearah merosakkan akidah umat Islam.

Bagi Ketua Puteri UMNO bahagian Shah Alam, Selangor, Shuratini Abd Rahman yang membahas usul agama berkata, isu agama membelit kerajaan pakatan pembangkang Selangor harus dijadikan iktibar serta menjadi bukti bahawa Islam kini kian terancam.

Bermula dengan isu pertikaian penggunaan kalimah Allah sehinggalah membawa kepada gejala murtad dan serangan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS) harus diberi perhatian.

“Untuk itu Puteri UMNO Selangor mencadangkan empat bidang pemerkasaan dalam aspek pendidikan Islam perlu dilaksanakan antaranya program J-Qaf tidak boleh lagi hanya tertumpu di sekolah rendah sebaliknya perlu diperluaskan ke sekolah menengah,” katanya. - B.Harian




McTheory:
Tahniah laa Nik Aziz kerana membuktikan Islam Pas tidak sehebat Islam sebenar.. Islam ajuk-ajuk ala Pas.. merosakkan masyarakat..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bodo kow eh??penyakit nie bndo xxmtok..kow ado ore mtok nyakit??bndo g2,kto xleh nk sloh kow sapo2..mugo saloh ore hop kno la..

Tanpa Nama berkata...

Sila kaji dahulu fakta.....