Jumaat, 9 Disember 2011

TERPANAS!! PERKHIDMATAN BAS DIHENTIKAN, RAKYAT SUNGAI PETANI TERANIAYA!!

Stesen bas sungai petani..


Masuk hari ni sudah lebih 10 hari perkhidmatan bas tempatan yang membawa penumpang sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan taman-taman perumahan disekitar Sungai Petani telah dihentikan.

Rasanya beribu-ribu penguna perkhidmatan bas mengalami kesusahan dan derita untuk bergerak dan ke tempat kerja, apabila 'tiada' lagi perkhidmatan bas untuk mereka gunakan.

Sungai Petani bukan seperi Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk bergerak. Bagi yang berduit, teksi boleh jadi pilihan. Namun bagi yang berpendapatan rendah, hanya bas la menjadi 'pengerak' utama mereka disekitar bandar Sungai Petani.


Namun sejak perkhidmatan bas 'tiada' lagi. Hampir beribu rakyat Sungai Petani menderita, malah kos kehidupan mereka juga meningkat apabila terpaksa menyewa teksi atau mengunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.

Kerajaan negeri dan exco yang terlibat mengetahui perkara ini. Namun hingga sekarang masih tiada jawapan atau tindakan yang mereka lakukan.

Sekurang-kurangnya, bantulah rakyat. Kurangkan bebanan mereka dengan memberikan pilihan yang lain. Kerajaan negeri patut membawa masuk syarkat Bas lain untuk meneruskan perkhidmatan bas di Sungai Petani. Bukan dengan hanya tengok saja rakyat dok susah ni.

Orang nak memerintah, hangpa pun nak perintah. Tapi orang lain dok buat kerja, hangpa boleh dok tengok saja.

Jika nasib rakyat masih tidak terbela, Mc percaya sesuatu yang lebih besar akan berlaku!!

McTheory:
Mai pakat-pakat kita Kaleh Kedah!!

6 ulasan:

Anak Bukit Hijau berkata...

Sungai Petani dan kawasan sewaktu dengannya tak ada bus service ?

Kan kah SP pesat membangun, dengan puluhan taman ?

Kut sengaja depa nak dera orang-orang Teluk Nipah, Kota Kuala Muda dan kampung-kampung yang kurang mengeluarkan hasil ?

Aku teringat sahabat aku Wahab. Hang kena belajar naik "gheghek" (basikal) baliklah. Atau naik saja perahu.Guna sungai.....

Kesian.
Negeri Kedah dah "maju" mulai 2010.
Rakyat nak kena naik "kereta lembu" semula.

Awanama berkata...

Manjung 2,3 tahun lepas pun perkhidmatan bas dah kiok, sebab minyak naik dan lain-lain, tapi tambang macam dulu juga, mana syarikat boleh hidup, kalau kat KL boleh pulah gomen tanggung rugi sebab pusing macam mana pun tu duit rakyat ke rakyat sebab syarikat tu gomen yang punya.

lagi satu rakyat dah pakai kete paling cikai pun ada moto, rasa yang naik bas ni dah tinggal 15% je dari kawasan setempat, tu pun terpaksa syarikat bas bersaing dengan teksi sapu.

org sg petani yg bengang berkata...

mmg menyusahkan.nak pergi keje pun susah.org punya la ramai berebut bas yg ada 2-3kerat tu. nanti musim sekolah bermula lagi la kesian.

masalah ni kena selesai segera.mana SPAD.jgn dok asyik buat projek berbillion ringgit tp nasib rakyat tak diendahkan.perkhidmatan bas harus dimilik kerajaankan, bukan nak cari untung saja!

Awanama berkata...

kenapa masa BN memerintah Kedah
tak timbul masalah ini
fikir-fikirlah sendiri
bukan semua orang boleh mentadbir dengan baik.
menyalahkan orang lain bolehlah
yang mentadbir dari parti pas yang nak jadikan malaysia negara berkebajikan. kalau dalam negeri pun kebajikan rakyat sendiri tak terjaga, kalau perintah negara lagi teruk agaknya.

Awanama berkata...

kerajaan PAS dan pembangkang memang menyusahkan rakyat... tak pandai mengurus kerajaan.. TIME FOR CHANGE...

Awanama berkata...

Kerajaan PAS lani nak buat takwim Hijrah 1433 pun sengkek,tak pernah dalam sejarah negeri kedah ni takwim tak ada dipasaran,aku nak beli bukan aku nak dapat free.Masa dulu no problem punya masa BN perintah.Pi Hasani senang2 beli,tak mahalpun RM 5 aje hi hi.Tapi lani nak beli takwim pun susah.Apaaaariah!!! Isu takwim tak cukup pun belum selesai lagi ada hati nak suruh tengok masalah bas tak dak kat SP nih kah kah kah!!!Cuba tanya yang mana lebih kecik, Bas ka takwim ka...kalau yang kecik pun tak selesai mana ada jalan nak selesai yang besar wawawa.Pls change from Bulan ke dacing..You all tak akan kena kencing.Harious!!!