Khamis, 15 Disember 2011

TUDIAA!! PEMUDA PAS NASIHAT JANGAN TINGGAL PAS, PAS PUSAT PULA SURUH KELUAR CEPAT SIKIT!!




Pas sekarang sudah jadi parti politik yang sempurna. Atas, bawah, tepi dan belakang. Semuanya politik. Dalam kes Hasan Ali pun macam tu juga.

Si Pemuda Pas berlakon kononnya sokong Hasan Ali, namun peringkat Pusat pula, Pas seolah lagi suka Hasan Ali keluar Pas. Bak kata orang lagi cepat lagi bagus.


Pas bermain diantara baik dan buruk. Pemuda Pas melakonkan watak baik kononnya memujuk dan menyokong, hanya untuk menunjukkan bahawa ada lagi pemimpin Pas yang menyokong Hasan Ali.

Jika Hasan Ali keluar Pas pun, bukan salah mereka, kerana mereka sudah cuba memujuk. Itulah permainan politik Pas.

Mulut saja manis, hati tuhan saja yang tahu.

Sedangkan sejak Hasan Ali berada didalam Pas, pelbagai rintangan terpaksa beliau hadapi.

Diantaranya apabila beliau cuba menegakkan syiar Islam di dalam parti Islam. Macam pelik bunyinya kan..tapi itulah hakikat. Pas hanya Islam pada nama, namun rohaninya, Islam Pas dah hilang. Bak kata orang umpama, anak dara yang tiada dara.

Dalam Pas, siapa yang cuba mengajar cara Islam yang betul, lurus dan benar. Pasti akan dipulau dan dijadikan musuh.

Kalau songsang macam Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz dan lain-lain. Nescaya akan disanjung dan dijulang sampai mati.

Kalau tak percaya, rasanya Ustaz Harun Din pun dah tak lama tu..

McTheory:
Daripada mengotorkan nama, baik keluar saja dari Pas..

1 ulasan:

Naufall Adif berkata...

pemuda pas nampak lebih cerdik dan relevan dari bapak2 diorang yang mabuk kuasa.jaga2 umno kalau geng2 ni naik maka umno makin hilang sokongan