SMS yang diberi.. |
Contoh terbaik Mat Sabu merayu penyokong Pas di suruh menderma..
Video Mc ambil dari Medan Tempur Kedah
Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta ahli parti pembangkang yang menerima RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipersoal beberapa pihak.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, permintaan itu tidak sesuai kerana BR1M, bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain yang berunsur politik.
“Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka,” katanya.

Beliau berkata, walaupun perkara itu, terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti.
Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia tindakan tidak bertanggungjawab.
“Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti.
"Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini,” katanya.
Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan parti pembangkang, ia perbuatan tidak bertanggungjawab kerana wang itu diberikan untuk meringankan beban rakyat.
“Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga dan ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan,” katanya.
Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar bagaimanapun menafikan Pas ada menghantar SMS itu dan berkata, parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

“Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut,” katanya.
Betul ke cukup Mahfuz? Kalau cukup kenapa setiap kali ceramah, tak sudah-sudah minta hangpa dok minta derma?
1 ulasan:
Puak PAS ni keturunan apa? Tak boleh tengok rakyat senang sikit. Tak malukah hisap darah rakyat? bukan depa nak tolong rakyst nak menyusahkan lagi ada. Jenis tak malu tak dak maruah
Catat Ulasan