Isnin, 2 Januari 2012

KASI PANAS!! Formula Nak Bagi Pas Bungkuih di Kedah. Ahli UMNO Jangan Baloq!

Hiasan semata..

Mc nak tunjukkan statistik, UMNO kalah sebab ahlinya baloq liat (malas). Kawasan yang tak patut kalah, tapi kalah sebab sendiri punya pasal.


N. 4 Ayer Hitam

Jumlah Pengundi 25,742. Ahli UMNO di dun Ayer Hitam = 11,370

Abd Ghani Bin Ahmad (PAS) = 10,652 undi (menang)
Othman Aziz (BN   = 10,146 Undi

Majoriti = 506 undi

Undi Rosak = 352 undi

Jumlah Undi = 21,171 Undi, Peratus Mengundi 82.24%


UMNO/BN tidak sepatutnya kalah di kawasan ini. Cuba lihat jumlah Ahli UMNO di kawasan Ayer Hitam 11,370 orang, berbanding undi yang Pas menang 10,652 undi. Ahli UMNO lagi ramai dari undi kepada Pas. Kalau semua ahli UMNO keluar mengundi, Insyallah kawasan Ayer Hitam pasti kembali ke tangan UMNO/BN. Itu baru ahli UMNO, belum termasuk lagi MCA, MIC dan Gerakan. Mana pi semua ahli-ahli komponen BN ni?

Mai tengok lagi satu kawasan..


P. 7 Padang Terap

Jumlah Pengundi  36,086.   Ahli UMNO 18,796 orang

Mohd Nasir Zakaria (Pas)               = 15,003 undi (Menang)
Dato Paduka Ghazali Ibrahim (BN)  = 14,634 undi

Majoriti = 369 undi

Undi rosak = 770 undi

Jumlah Undi = 30,407 undi, Peratus Mengundi 84.26%


Parlimen Padang Terap lagi satu kawasan yang tak patut kalah. Jumlah ahli UMNO yang sebegitu ramai 18,796. Sedangkan undian yang Pas dapat hanya 15,003 undi. Sangat jauh bezanya. Kenapa UMNO/BN kalah? Kerana ada di antara kita yang mengambil mudah tentang halnya pilihanraya.

Mana pergi semangat orang UMNO untuk menang. Kita jangan kisahkan orang lain, pedulikan diri sendiri dulu, kemudian tengok keluarga kita, kemudian anak cucu kita yang boleh mengundi. Ajak mereka keluar mengundi, tapi kalau rasanya dia tu nak pangkah lain. Baik tak payah pun tak pa. he he he..

Sebenarnya, UMNO/BN kalah di Kedah bukan kerana Pas dan Pakatan kuat. Kerana kita sendiri yang lemah dan tidak bersatu.

Sampai sekarang, masih ada lagi Bahagian UMNO yang berbalah. Malah ada pula Ketua Bahagian yang sudah pun berkempen untuk pemilihan UMNO kelak. PRU semakin dekat dia tak kisah, tapi dia lebih tumpukan pada pemilihan. Orang jenis macam ni, memang tak layak jadi Ketua Bahagian. Bahkan untuk menjadi ahli UMNO pun tak layak, sebab jiwanya hanya mahu kuasa, bukan perjuangan.

Statistik dan mengkaji kekalahan kita pada PRU yang lepas akan Mc update dari masa ke semasa.


Takpa kami tau ...

Jika UMNO Kedah bersatu, dan tumpukan pada PRU, Insyallah peluang UMNO/BN menang di Kedah akan lebih cerah.

McTheory:
Bina kekuatan diri, lebih baik dari harapkan yang luar.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Air Itam kalah faktor 4,5 ekok hantu raya dari Langkawi mai dok kacau.Depaa ramai kawan di Jerlun sebab dulu depa satu bahagian. Padang Terap pula calon dah 6 penggal, lepas tu bodoh sombong pula. Pasai tu ahli Umno bagi undi kat DUN tapi tak bagi kat Parlimen. Pengundi pun bengong juga main politik calun bukan main politik Parti. Tu la jadinya. Ambik koooo..

Tanpa Nama berkata...

Bro 6.10 ana setuju bonar. Mai nak tambah sikit lagi. Di DUN Air Itam depa kata Calon Man Aziz org luar. Jangan bagi undi. Di Pdg Terap sampai la ni depa kata kalau nama Tok .... jagn harp kami nak undi. Kami serik dah.Tok Det dok tunggu lagi...Calun Parlimen dan Kuala Nerang akan kosong.Tok Det nak cadang Calun pun tengok sama, buang buku tebu ambik buku buluh 2x5..?

Tanpa Nama berkata...

Betoi..betoi...betoi. Padang Terap memang banyak tebu di Padang Sanai (GPT) banyak buluh di Nami kik kik

Tanpa Nama berkata...

Anon:6.10..
Kalau x tau cerita sebenaq di DUN Ayer Hitam, jangan cakap la bro..lagi satu pengundi la ni bukannya bodoh..
parti pun parti la jugak,calon pun kena diambik kira..kalau nak kira parti,depa letak pokok pisang pun kita nak pangkah jugak kaa???