Kontroversi yang terjadi diantara blogger UMNO, FB, Twitters dan Ahmad Maslan sebenarnya adalah satu fitnah. Satu perangan khas untuk memusnahkan rangkaian pejuang alam maya UMNO. Baca penerangan dari blog Generasi Pejuang Bangsa.
GPB nak tergelak dengan satu tuduhan fitnah di FB yang menuduh bahawa Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan telah berkata blogger sokong UMNO & BN sebagai sampah .
Apa tidaknya baru minggu lepas saja Datuk Ahmad Maslan a.k.a Tok Mat datang ke P.Pinang dalam satu program penerangan anjuran BN negeri . GPB dan beberapa blogger Penang hadir dan berjumpa serta makan bersama beliau .
Kalau gaya makan seperti di atas bersama blogger pro UMNO oleh seorang Pak Menteri yang juga Ketua Penerangan parti , pemimpin macam ini ke nak kata blogger UMNO adalah Sampah ??
Malah semasa menyampaikan ceramahnya , beliau juga mengiktiraf peranan blogger pro UMNO/BN sebagai media digital yang penting untuk strategi penerangan kepada rakyat dan golongan muda.
Tuduhan fitnah ini jelas agenda jahat pihak lawan untuk memecabbelah kan jentera UMNO /BN . Mungkin pembangkang panas kot dengan penerangan Tok Mat ke seluruh negara yang tengah rancak ketika ini ...
1 ulasan:
Pada orang lain mungkin sampah,pada orang lain mungkin permata.Pada aku homo cun ni hanyalah suka pada bontot.
Catat Ulasan