Khamis, 19 Januari 2012

PANASS!! Kontroversi Tauliah Pengerusi Terap Care?!!


Sebelum kita mula cerita, Mc nak terangkan dulu, apa itu Terap Care. Sebab selain penduduk Padang Terap di Kedah. Mc rasa tak ramai yang tahu pasal ni.
Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.




Wow.. kalau kita pegang pada definisi Terap Care ni, memang terbaik lah untuk rakyat. Sekali pandang sememangnya akan terpegun dengan keindahan NGO itu. Tetapi sayangnya, apabila Pengerusinya dicemari oleh anasir-anasir PAS. Beliau juga dipertikaikan kredibiltinya dengan dua persoalan yang timbul.

Sudah la Terap Care ni dikatakan bukan badan berdaftar.. Pengerusinya pula dilanda kontroversi Tauliah dar Mufti Kedah.

Mc rasa beliau perlu jawab soalan ini untuk menjelaskan segala yang kabur.

Soalan yang perlu beliau jawab :


1) Bagaimana beliau boleh menjadi penceramah yang bertauliah oleh Mufti Kedah? Hakikatnya dia gagal menghabiskan pelajarannya di KIAS dan KUIN sebab tidak lulus periksa. Mungkinkah ini ada campurtangan dan salahguna kuasa pihak atasan Kerajaan PAS Kedah?

2) Bagaimana beliau boleh menjadi penceramah yang bertauliah oleh Mufti Kedah? hakikatnya beliau tidak pernah belajar di mana-mana pondok sekalipun? Adakah beliau memberi sijil-sijil palsu kepada JAIK dan JAIS semasa permohonan tersebut? 

Keraguan demi keraguan timbul dalam perkara ini. Seseorang yang tidak layak, telah di tauliahkan. Kenapa begitu?

Mc berharap ada pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat sejauh mana kelayakkan beliau untuk mengajar hal-hal berkaitan dengan agama. Kerana dikhuatiri dengan tidak cukup ilmu didada beliau maka akan ramai lagi yang akan turut sama tersesat. Nauzubillah....


McTheory:
Agama jangan main-main, sesat naya nanti.

Tiada ulasan: