Ahad, 22 Januari 2012

PANASS!! Parasit Pembangkang Dalam Badan Kerajaan Pusat!!



Kali ni Mc nak cerita kisah ada seorang Pengarah Kerajaan di Pulau Langkawi. Walaupun cerita ini kes terpencil, tetapi ia melibatkan banyak keluarga dan ia perlu diberi perhatian. Sebenarnya dah lama tuan pun badan minta tolong Mc siarkan. Namun kali ni Mc tunaikanlah..


Beliau telah berkhdmat sebagai pegawai atasan sebuah kompleks Kerajaan sudah hampir 4 tahun. Dalam 4 tahun inilah kebanyakkan kakitangan mengadu yang beliau telah banyak kali menyalahgunakan kuasanya. Terbaru beliau telah cuba melambat-lambatkan arahan pertukarannya ke daerah lain. 

Sebenarnya, kebanyakkan kakitangan yang bekerja dibawahnya berasa gembira dengan pertukarannya. Siap ada yang 'offer' hendak buat kenduri. Tetapi sayangnya, beliau ini seorang yang jenis tidak tahu malu, zalim dan menyalahguna kuasanya demi hendak berkuasa di Komplek Kerajaan tersebut.

Pegawai macam ni yang orang panggil syok sendiri, zalim tak kena tempat.


Kat bawah ni senarai perangai buruk Beliau :


1) Tender-tender kompleks diserahkan kepada kroninya sahaja. Sepanjang kariernya sebagai pengarah, tender-tender yang berjumlah bawah RM2,000 semuanya hanya diserahkan kepada pengampu-pengampu beliau. Memang notis tender dikeluarkan tetapi sudah pastinya tahu siapa yang akan dapat tender tersebut. Bukankah tertera didalam Pekeliling jabatan Kerajaan yang kakitangan jabatan tidak layak memohon tender jabatan yang sama? Tarak baca Pekeliling ka?

2) Cubaan meletakkan kesalahan ke atas bahu kakitangan. Sikap beliau yang menafikan kesalahan yang berpunca dari dirinya sendiri adalah amat dipuji. Baru-baru ini ada kakitangannya telah mengadu kepada Mc yang mereka telah dijadikan 'kambing hitam' di atas kesalahan kehilangan wang di jabatan tersebut. Mc juga dimaklumkan yang tahap keselamatan peti besi itu amatlah rendah sehinggakan ditegur oleh pihak audit. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepadanya tetapi tiada tindakan diambil. Akhirnya kehilangan wang tersebut diletakkan di atas bahu kakitangannya. Adilkah itu?


3) Pengesahan jawatan kakitangan dibekukan. Jika beliau tidak suka dengan kakitangan tersebut, beliau akan tangguh pengesahan jawatan staff yang beliau tak suka tu. Padahal kakitangan tersebut sudah sepatutnya disahkan kerana telah lulus semua tapisan JPA. Alasannya...tiada alasan..

4) Pertukaran kakitangan tidak dibenarkan. Di atas alasan yang tidak munasabah, beliau sanggup menahan seorang kakitangan daripada bertukar meskipun kakitangan itu sudah berkhidmat selama 5 tahun lebih. Bagilah alasan apapun hatta kecemasan. Jika tidak pandai mengampunya, lambat lagilah pertukaran tersebut. 

5) Berniat untuk membuang kakitangannya sendiri. Ini salah satu penyalahgunaan kuasa beliau, dimana beliau berniat hendak membuang salah seorang kakitangan. Kakitangan itu dahulunya telah didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah tetapi telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Pada mulanya beliau menyekat emolumen, namun selepas diuji air kencing dan staff terbabit tak bersalah, beliau sekarang tetap mahu membuang kakitangan tersebut atas alasan memalukan jabatan. Logikkah alasan tersebut?

Setelah di selidiki, beliau ni sebenarnya salah seorang ahli tegar Pas. Patut la buruk benor kelakuannya, dah memang resam Pas akan memusnahkan segala pentadbiran, tak kiralah negeri atau syarikat. Hinggakan jaga persatuan bola sepak pun Pas lingkup, macam mana nak harap jaga negara?

Dah tau orang tu tak layak memerintah, buat apa nak pilih lagi?


McTheory:
Tak payah harap apa dari Pas.. apa pun tak bolehh!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sememangnya banyak Parasit dalam Kerajaan. Mereka diangkat menjadi ketua-ketua jabatan, dan mereka ini menikam kerajaan dari belakang dengan begitu halus sekali. Dihadapan semuanya yes tapi di belakang mereka menentang kerajaan dan ada yang menghasut supaya membenci kerajaan. Yang menjadi persoalan ialah kenapa puak-puak ini masih diberi kepercayaan untuk mengetuai sesuatu agensi?

Adalah diharapkan supaya kerajaan melantik pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi ini dari kalangan yang menyokong kerajaan sahaja. Sebelum perlantikan kerajaan perlu pemperhalusi dari segi sikap mereka kepada kerajaan. Aku percaya kalaulah kerajaan hari ini adalah kerajaan pembangkang dari parti PR sudah pasti semua ketua-ketua jabatan akan diisi oleh orang-orang yang hanya menyokong parti mereka.

Pindalah sedikit dasar perlantikan pegawai-pegawai atasan ini. Biarlah penyandangnya adalah dari kalangan orang yang menyokong kerajaan Barisan Nasional sahaja. Kadang-kadang aku rasa pelik keraja ada pegawai yang lebih layak adalah dari kalangan orang yang menyokong kerajaan BN tetapi dia tidak disenarai sebagai calun.

Jangan terlalu telus, nanti kita yang terjerelus.

Fikir-fikirkan lah

Warga Sebelum Merdeka

Nok berkata...

tengok saja apa yg berlaku di perak..2 org bekas pegawai kanan kjaan...bekas panglima TLDM...bekas pengarah pelajaran perak kalau tak silap.....dah sapu segala kemudahan semasa berkhidmat...ambik pencen...lepas tu tentang kjaan....kita tanya depa....apa kjaan dah buat pada mereka dan keluarga sehingga sanggup tikam kjaan dari blkg setelah besara terus jadi parti pembangkang?????memang le negara demokkrasi....tapi setelah segala kesenangan dan dapat duit peseraan tiap 2 bulan....tapi sedih tikam balik tangan yg bagi depa dan anak2 mkn.....masyaallah...itu lah lah manusia tak pernah bersyukurrr...memang rezeki tuhan bagi.....kalau mereka tak ambik duit pencen...aku respeck....kalau tak haram mereka makan.....

Tanpa Nama berkata...

kalau najib nak berjaya di dalam kerajaan pimpinan beliau harus segera hapuskan parasit dlm kerajaan.bkn semua kakitangan dlm kerajaan yg menyokong kerajaan barisan nasional....jadi najib harus ambil berat tentang masaalah ini.jgn asyik syok sendiri mentranformasi negara walhal kakitangan sendiri yg menjahanamkanya.ini satu peringatan utk najib...aku syg umno,aku syg bangsa melayu......

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pandangan saudara2 semua. Memang ramai dalam sektor awam yang berjawatan tinggi dan bergaji besar tetapi merupakan gunting dalam lipatan. Buat kerja ala kadar saja. Bila tugas yang diberikan tak menjadi, mulalah menyalahkan pegawai2 bawahan. Lepas tu bila tidak dipertimbangkan untuk naik pangkat, mulalah menyalahkan kerajaan. Time gaji dinaikkan, tak nak pulak buat bantahan.

Yang paling menjijikkan, angkat sumpah untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan tetapi menyalurkan maklumat secara diam2 kepada pembangkang. Masa pilihanraya, undi pembangkang.

Saya kira kerajaan patut wujudkan satu biro pengaduan. Mana2 pegawai kerajaan yang secara terang2 menentang atau mengeji kerajaan atau membocorkan rahsia kepada pembangkang, hantar nama mereka kepada biro ini untuk disiasat latar belakang mereka. Bekukan kenaikan pangkat mereka.

Kalau dah tak suka dengan kerajaan BN, letak jawatan dan bekerjalah dengan kerajaan pembangkang.

Gaji terima tapi belakang mengata. Apa jenis manusia. Tak malu ke.

Puak2 ni kalau memerintah, habis pegawai2 dan rakyat yang menyokong BN ditindas. Hanya yang menyokong pembangkang dinaikkan pangkat.

Kita dah tak boleh berlembut. Telah tiba masanya kita bertegas.