Jumaat, 20 Januari 2012

TERPANAS!! Mukhriz Mahathir Menyokong Penuh Menyelamatkan Madrasah Salihiah!! Pic Update!




Kedatangan dan sokongan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah amat di alu-alukan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah. Ini memberi sokongan besar kepada perjuangan Badan Bertindak!



ALOR SETAR 20 Jan. - Kerajaan Kedah tidak perlu menunggu keputusan mahkamah dalam menentukan nasib Madrasah Salihiah yang dijadual dirobohkan bagi membina Kompleks Aman Central.

Sebaliknya kata Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, kerajaan Kedah boleh terus mengemukakan pelan baharu yang mengecualikan tapak madrasah itu daripada terlibat dalam pembinaan kompleks tersebut.

Keputusan itu adalah lebih baik selain menjimatkan peruntukan membina surau baru yang dianggar bernilai lebih RM4 juta, katanya kepada pemberita selepas Program 4B Prihatin, Gerakan Belia 4B Alor Setar di pekarangan madrasah itu, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilapor berkata, kerajaan negeri akan akur jika mahkamah memutuskan rancangan meroboh surau itu ditangguh, namun akan melawan andai keputusan menggendalakan keseluruhan projek Aman Central. - BERNAMA

Mc pun bersama dengan Datuk Mukhriz tadi, beliau nampak benar-benar mahu Madrasah ini diselamatkan. Sebenarnya, Pas Kedah boleh mengarahkan pemaju agar tidak merobohkan madrasah ini. Cuma mereka sudah terlajak jauh dengan memberi arahan supaya MAIK menjual tanah wakaf kepada pemaju Sony Hoo.

Sudah la pemaju tu menjayakan projek Aman Central dengan Wang JUDI, bayar pada MAIK 1.48 juta pun wang JUDI. Apa la nasib apabila tanah wakaf dibeli dengan wang HARAM!! Makin dahsyat Pas Kedah ni.




McTheory:
Lepas ni ada satu BOM besar bakal meranapkan Pas Kedah!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Datok Mukhris, mujur Datok mai kalau tidak Pemuda Umno takut nak mai sokong Perjuangan Madrasah. Bila Datok mai depa pakai lawa-lawa siap dengan uniform, misai,janggut dan jambang semua dah trim elok....ada apa-apa ke Datuk?